Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MalaysiaBahasa Sukuan v3.0Daftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
serumpun1 satu rumpun: ~ buluh; ~ serai. 2 sekumpulan bahasa (bangsa) yg sama asalnya: Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu ini ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
serumpun1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, se­pe­rindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api;Kamus Dewan Edisi Keempat
serumpun1 satu rumpun: ~ buluh; ~ serai. 2 sekumpulan bahasa (bangsa) yg sama asalnya: Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu ini ~.Kamus Pelajar
perdu I1. kelompok pokok (buluh dll), rumpun: digenggamnya serumpun padi dan dicabutnya berderai jatuh tanah drpd ~nya; 2. pangkal pokok: ia menyandarkan basikalnya pd ~ membacang.Kamus Dewan Edisi Keempat
tertumbuk1. terlanggar (terbentur, ter­tubruk); 2. sudah ditumbuk (dikupas, dilumat­kan, dll); 3. terpukul (dgn buku tangan), tertinju; 4. telah sampai ke hadnya, sampai (pd), terbentur, tersuntuk; 5. boleh atau dapat diketemui, terjumpa (dgn, pd); 6. tertumpu pd (pan­dangan dll): pandangannya ~ pd serumpun pohon mawar yg tumbuh di sela-sela rumput;Kamus Dewan Edisi Keempat
rumpun1 kumpulan pokok dll yg sama jenisnya dan tumbuh berkelompok-kelompok, spt buluh, padi; perdu: ~ buluh; ~ padi. 2 kumpulan orang yg sama atau yg serupa asal usulnya; golongan bahasa atau bangsa yg sama asal dan jenisnya: ~ bangsa Mongolia. berumpun tumbuh sbg rumpun; berperdu. berumpun-rumpun be­berapa rumpun; banyak rumpunnya. serumpun 1 satu rumpun: ~ buluh; ~ serai. 2 sekumpulan bahasa (bangsa) yg sama asalnya: Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu ini ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
serai1. = ~ betul = ~ makan = ~ sayur sj tum-buhan (rumput yg daunnya berbau harum), Cymbopogon citratus; 2. = ~ wangi sj tumbuhan (rumput yg lebih rimbun dan wangi drpd serai betul), Cymbopogon nardus; ~ kayu sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat perencah masakan), jambu hutan, kelat merah, kelat putih, kelat samak, pokok palung, samak, Eugenia polyantha; ~ kemangi ki kerabat yg jauh; gulai lampau ~, tentu maung prb sesuatu yg berlebihan (perbuatan, percakapan, dll) itu akan mendatangkan keburukan; serumpun bagai ~, selubang bagai tebu prb muafakat sekali, seia sekata.Kamus Dewan Edisi Keempat
rumpun1 kumpulan pokok dll yg sama jenisnya dan tumbuh berkelompok-kelompok spt buluh, padi dll; perdu: ~ buluh; ~ padi. 2 kumpulan orang yg sama atau yg serupa asal-usulnya; golongan bahasa atau bangsa yg sama asal dan jenisnya: ~ bangsa Mongolia. berumpun tumbuh sbg rumpun; berperdu. berumpun-rumpun beberapa rumpun; banyak rumpunnya. serumpun 1 satu rumpun: ~ buluh; ~ serai. 2 sekumpulan bahasa (bangsa) yg sama asalnya: Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu ini ~.Kamus Pelajar
rumpun1. kumpulan tumbuhan yg seolah-olah mempunyai akar yg sama (kerana tumbuh anak-beranak), perdu: ~ buluh; ~ padi; 2. ki perindukan (orang-orang yg seketurunan, mempunyai nenek moyang yg sama), se­golongan besar bangsa (bahasa) yg sama asal dan jenisnya, golongan yg sejenis (karya kesusasteraan): ~ bangsa Mongol; bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dlm satu ~ bahasa; ~ cerita rakyat; 3. = ~ telinga lekuk daun telinga; 4. ikatan, rangkaian; alah di ~ betung prb, Mn kekalahan yg tidak memuaskan orang (pihak yg kalah); tak jauh rebung di ~nya prb perihal perangai anak yg tidak berbeza drpd orang tuanya; serumpun 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, se­pe­rindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api; ~ bagai serai, selubang (seliang) bagai tebu prb bersatu hati dlm segala hal; tebas buluh ~ prb perihal merosakkan seluruh kaum kerabat (kerana perbuatan yg tidak baik); keserumpunan perihal atau keadaan ter­golong di dlm satu rumpun atau rumpun yg sama: ~ bahasa; berumpun, berumpun-rumpun 1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tum­buh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
ikat1. alat (tali, benang, kain, dll) utk mengebat (memberkas, membebat, menggabungkan); ~ kepala kain yg diikatkan di kepala; ~ pinggang kain (kulit dll) utk mengebat pinggang, tali pinggang; 2. bingkai (drpd logam dll) utk mencengkam atau memegang satu benda lain; ~ kolam tepi kolam yg dibuat drpd batu dll; cincin ~ belanda; 3. berkas, kumpulan, gabungan: se~ sirih; tiga ~ kayu api; 4. sl cara mengatur atau menyusun barisan (pasukan dll); ~ perang susunan barisan atau pasukan dlm peperangan; ~ jamin jaminan dgn bayaran sejumlah wang sbg cagaran utk memastikan bahawa orang yg dituduh akan menghadirkan diri utk perbicaraannya; ~ mati ikatan yg tidak boleh dibuka atau diungkai; ~ boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya prb payah hendak mengubah tabiat orang; se~ bagai sirih, serumpun bagai serai prb bersatu padu dlm segala hal; berikat 1. ada ikatnya, diikat, memakai ikat: hulu pedangnya ~ emas; 2. bersekutu, bergabung: peperangan antara pihak ~ (British, Amerika, Perancis, dan Belanda) dgn Jepun telah dimulai pd 8 Disember 1941; mengikat 1. melilit-lilitkan dan menyimpulkan tali dll pd anggota (dll) haiwan atau orang (supaya tidak dapat melarikan diri) atau pd bungkusan (kumpulan dll) barang supaya tidak terburai dsb, membuat jadi berikat dgn tali dll, membebat, memberkas: bungkusan barang yg hendak dikirimkan ke luar negeri itu perlu diikat pula; 2. ki memaksa (seseorang atau sesuatu) supaya patuh kpd segala peraturan (syarat, kehendak, dsb) yg tertentu, membelenggu, mengongkong: undang-undang dan peraturan yg ~ kebebasan seseorang; 3. menyusun, mengarang (syair, pantun sajak, dll); 4. mengatur atau menyusun pasukan (barisan dll); ~ perang mengatur pasukan-pasukan dlm peperangan; 5. memberi berbingkai (batu permata dll), menyalutkan (dgn emas dll): ~ batu akik dgn suasa; 6. memakai, memasang: ~ kain; ~ serban; ~ tali leher; ~ tengkolok; 7. membuat: mereka telah ~ perjanjian utk mengenakan pemulauan ekonomi; ~ hati (perhatian) menarik hati (perhatian); ~ jamin memberi jaminan (supaya orang yg dituduh dapat bebas sehingga dibicarakan); ~ janji berjanji (menguatkan janji); ~ jiwa a) menarik hati; b) merayukan hati; ~ perkenalan berkenalan; ~ (tali) pertunangan bertunang; ~ perut mengurangkan makan kerana susah; ~ tali persahabatan bersahabat; bagai diikat dgn sehasta tali prb tidak dapat berbuat sekehendak hati; mengikatkan mengikat pd, mengikat dgn (utk), mempertalikan (dgn), menambatkan; terikat 1. (telah) diikat: tangannya ~ ke belakang dgn dawai halus; 2. tertakluk (kpd), tidak bebas drpd, terkongkong oleh: orang berhutang ~; tidak ~ kpd peraturan-peraturan yg telah ditetapkan; ikatan 1. cara mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik; 2. yg telah diikat; 3.sesuatu yg telah diikat dgn tali dll, berkas,kumpulan: rotan itu ~nya kecil-kecil; 4.susunan (rangkaian, hubungan) kata-kata dsb:~ ayatnya terang hingga mudah difahami;5. pertalian (yg erat), perkaitan: peristiwa ini jelas membuktikan bahawa ~-~ tradisi atau sifat-sifat ketimuran pd dasarnya mengikat rohani kita; ~ darah = ~ keluarga hubungan kekeluargaan; 6. persatuan, perkumpulan: ~ pelajar; 7. (Kim) daya tarikan yg mengikat atom-atom dlm molekul atau kekisi hablur (yg terbentuk akibat cas elektrostatik yg ada pd elektron dan nukleus atom); ~ berganda sj ikatan yg terbentuk antara dua atom secara perkongsian dua atau lebih pasangan elektron; ~ berkutub sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom yg berbeza sifat elektronegatif masing-masing; ~ ganda dua sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian dua pasangan elektron; ~ ganda tiga sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian tiga pasangan elektron; ~ hidrogen daya tarikan yg wujud antara atom hidrogen (dlm ikatan berkutub) dgn atom elektronegatif spt oksigen, nitrogen, atau fluorin yg terikat pd molekul lain; ~ ion = ~ ionik sj ikatan yg terbentuk dlm sebatian melalui pemindahan elektron; ~ koordinat sj ikatan kovalen yg kedua-dua elektron yg dikongsi disediakan oleh satu drpd atom; ~ kovalen sj ikatan yg terbentuk antara dua atom apabila setiap atom itu berkongsi elektron utk membentuk pasangan elektron; ~ logam sj ikatan yg terbentuk dlm hablur logam apabila ion positif logam tersusun mengikut bentuk kekisi dlm lautan elektron yg bebas; ~ peptida (Bio) ikatan kimia di antara kumpulan karboksil pd satu asid amino dgn kumpulan amino pd asid amino lain, yg merupakan ikatan utama kesemua struktur protein; ~ tunggal sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian sepasang elektron; keterikatan perihal terikat (berkaitan erat), keadaan (unsur-unsur dll) terikat antara satu sama lain, terikatnya: ~ episod demi episod hanyalah atas kepentingan adegan tersebut; ~ kita yg begitu kuat kpd tradisi telah mengeratkan hubungan kekeluargaan; perikatan 1. perhubungan, pertalian; 2. persekutuan, gabungan: beberapa buah parti politik yg sehaluan sedang berura-ura hen-dak menubuhkan sebuah ~; pengikatan perihal atau perbuatan mengikat; ~ nitrogen (Bio) a) proses penukaran nitrogen atmosfera menjadi bahan bernitrogen (spt ammonia) oleh sesetengah bakteria tanah (spt Rhizobium), alga biru hijau, dan kulat; b) proses penukaran nitrogen atmosfera menjadi asid nitrik oleh kilat; pengikat 1. alat (tali, benda, dll) utk mengikat: sebelum bungkusan itu dibuka, ~nya diuraikan dahulu; 2. orang yg mengikat; 3. sesuatu yg mengikat perhubungan (spt persahabatan, pertunangan, kasih sayang, dsb): cincin itu kuberikan kepadanya sbg tanda ~ kasih.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serumpun

Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.



Lihat selanjutnya...