Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
saya ingin mendapatkan kepastian terhadap kata nama yang sesuai untuk orang yang terlibat sebagai moderator dalam sesi sesi bual bicara. Terima kasih.Lazimnya moderator itu sendiri yang mengendalikan dan mengawal sesi perbincangan ataupun disebut juga pengantara.Istilah05.04.2013
Saya ingin mendapatkan terjemahan untuk perkataan "networking session." Ini merupakan satu sesi di mana ahli sesebuah pertubuhan / golongan profesional dari profesyen yang sama menghadiri sesi tersebut yang biasanya meliputi ceramah, sesi soal jawab dan sesi beramah mesra di antara peserta. Sekian terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "networking session". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah sesi perangkaian atau sesi jaringan.Istilah16.01.2015
Perkataan 'sesi' atau 'sessi' boleh digunakan atau tidak. Kalau boleh sila beri contoh ayat. Terima kasihYang betul ialah sesi, contoh ayat - sesi pertama bermula pada bulan JunEjaan22.06.2007
Apakah maksud sesi 'townhall' bersama mediaBerdasarkan konsep dan maksud "townhall" yang menjadi amalan tradisi di kawasan New England, Amerika Syarikat, maka sesi "townhal" bersama media, dicadangkan sebagai sesi taklimat umum bersama-sama media.Makna10.11.2014
Mohon penjelasan lebih lanjut: Contoh: Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal. Tapi kalau dalam brosur dan digunakan sebagai sub topik: Sesi Suai Kenal Begitu juga dengan Urus Setia/Urus setia Dalam ayat: En. Mazlan yang bertindak sebagai urus setia... Sub topik dalam brosur: Urus Setia Seminar Terima kasih.Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul. Sekiranya dalam penulisan ayat, suai kenal ditulis dengan huruf kecil seperti ayat "Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal" manakala "Sesi Suai Kenal"  boleh digunakan bagi subtopik atau tajuk dalam penulisan.Tatabahasa12.12.2013
Apakah panggilan bagi seseorang yang menjadi pengacara pembentangan kertas kerja ? Adakah dpanggil pengerusi Pembentangan Kertas kerja atau fasilitator? atau moderator? Terima kasih.Lazimnya Pengerusi Sesi Pembentangan yang mempengerusikan sesi tersebut.Tatabahasa03.07.2012
JEMPUTAN BAGI MENGHADIRI SESI "BRAINSTORMING" BERSAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLJ KEDIAMAN TERATAIAyat yang betul ialah: JEMPUTAN MENGHADIRI SESI SUMBANG SARAN BERSAMA-SAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ KEDIAMAN TERATAITatabahasa09.04.2013
1) wajarkah pengajaran bahasa melayu di sekolah menggunakan bahasa dialek? 2) langkah DBP untuk mengelakkan penggunaan bahasa dialek dalam pengajaran bahasa melayu di skolah?Pengajaran bahasa Melayu di sekolah hendaklah menggunakan bahasa baku atau standard kerana pengajaran di sekolah merupakan situasi rasmi atau formal. DBP sentiasa berusaha untuk menggalakkan dan memastikan bahasa baku digunakan di sekolah dengan mengadakan pelbagai kegiatan kebahasaan seperti forum, seminar, ceramah, kursus dsb. agar bahasa baku dapat dipraktikkan dalam sesi-sesi ini.   Lain-lain26.03.2008
Sila semak ayat-ayat berikut: 1. Selepas waktu sesi persekolahan, ibu bapa harus menunggu anak di pintu pagar sekolah atau di dalam petak merah yang berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kantin sekolah untuk membawa anak pulang. 2. Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan bekas polistirena untuk menyimpan makanan kepada anak semasa kelas tambahan. 3. Ibu bapa bagi murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 harus datang ke Bilik Pentadbiran SJK(C) Yuk Choi untuk membuat Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012.

1. Selepas waktu sekolah, ibu bapa harus menunggu anak di pintu pagar sekolah atau di dalam petak merah yang berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kantin sekolah untuk membawa anak pulang.

2. Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan bekas polistirena untuk menyimpan makanan yang diberikan kepada anak semasa kelas tambahan.

3. Ibu bapa murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 harus datang ke Bilik Pentadbiran SJK(C) Yuk Choi untuk membuat Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012.

Tatabahasa22.07.2011
Adakah sebarang pertandingan, kursus, sesi dialog,latihan dan seumpanya diadakan pada masa ini?Kursus dan latihan dalam jabatan dikhususkan untuk staf DBP manakala pertandingan yang melibatkan penulisan bahasa dan sastera biasa nya disiarkan dalam akhbar tempatan.Sesi dialog tidak diadakan pada masa ini.Terima kasih.   Lain-lain09.01.2008
Tesaurus
 
sesi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan semester: penggal

2. Bersinonim dengan sidang: pertemuan, perjumpaan.,