Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Sesudah bersalam-salaman, Azman melayangkan matanya ke setiap penjuru bilik. soalan saya ialah apakah perkataan yang paling sesuai menggantikan perkataan melayangkan kerana saya berpendapat melayangkan tidak sesuai digunakan?Cadangan kami ialah 'Azman melihat ke setiap penjuru bili'. Terima kasih.Tatabahasa07.06.2008
apakah maksud pascataklimat??

Pasca ialah awalan asing sesudah, selepas, setelah. Maksud bagi perkataan pascataklimat ialah berkenaan keadaan sesuatu selepas taklimat.

Makna04.02.2010
Bagaimanakah kita ingin menggunaan tanda seruan yang betulTanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak!

Menurut penerbitan Gaya Dewan, hanya satu sahaja penggunaan tanda seru dan huruf besar selepas tanda seru.
Tatabahasa15.04.2013
atas dunia ini atau di atas dunia ini?Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Penggunaan atas dunia atau di atas dunia kurang tepat untuk frasa tersebut kerana dunia tidak menandakan arah atau jurusan.Tatabahasa13.09.2011
Selepas menonton atau Lepas menontonKedua-duanya boleh digunakan untuk konteks ayat ini. "Selepas" adalah kata terbitan daripada perkataan "lepas" yang membawa maksud sesudah, atau setelah sudah atau setelah selesai.  "Lepas" biasanya digunakan untuk bahasa percakapan.Tatabahasa12.03.2014
APAKAH PERBEZAAN NIRVANA DAN NIRWANANirvana ialah kata Inggeris dan terjemahannya ke dalam bahasa Melayu ialah nirwana bermaksud dlm keadaan yg lenyap langsung dan aman sesudah mati (dlm agama Buddha).Makna06.08.2008
Bolehkan perkataan "seusai" digunakan dalam ayat berikut: Saya bertemu dengannya seusai program itu?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, usai ditakrifkan sebagai 1. sudah selesai, berakhir, bubar (perayaan dll.); 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut); 3. sudah selesai (dikerjakan); 4. sudah lampau, sudah berlalu. Perkataan sudah pula ditakrifkan telah siap sedia, lengkap, selesai, telah berlaku. Sesudah bererti setelah sudah, sehabis, selepas. Sudah ialah kata kerja bantu aspek yang menerima imbuhan se-. Daripada pengimbuhan itu timbullah sesudah, yang berfungsi sebagai adverba waktu. (Rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar, hlm. 204-205.) Perkataan seusai, dengan maksud sesudah digunakan dalam pengucapan sastera berdasarkan kebebasan seni (poetic license). Untuk pengucapan umum perkataan sesudah  digunakan.Sastera04.05.2011
bagaimana beza meniduri dan menidurkan ? perkataan sarana. bm atau bahasa lain, apakah maksud sebenar? tk.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, menidurkan ialah membuat supaya tidur, mem­baringkan supaya tidur: sesudah menidurkan anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang menga­rah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita menidurkan kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala;.
Manakala meniduri ialah 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yang di kejauhan sana, nampak gadis meniduri pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi;.

Sarana ialah (segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat  untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu: bahasa Melayu hendaklah dibina agar dapat berfungsi sebagai sarana yang benar-benar dapat menyampaikan ilmu secara berkesan; karya-karya sastera ialah wadah atau sarana untuk menyatakan dunia masyarakat dan zamannya.
Tatabahasa23.02.2013
Apakah usaha pengantarabangsaan bahasa Melayu yang telah dilakukan oleh DBP sehingga kini.Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sedikit maklumat yang dapat dikongsikan, sesudah penubuhan beberapa pusat pengajian Melayu, diputuskan bahawa perlunya penubuhan sebuah majlis khas untuk menyelaras kegiatan kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu atau singkatannya MABM adalah sebuah majlis khas yang ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa. Kerajaan Malaysia sentiasa sedar dan amat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh beberapa pihak di dalam dan di luar negara berhubung dengan pengembangan bahasa ini di peringkat antarabangsa.Walaupun kini MABM sudah tiada lagi, usaha pengantarabangsaan tetap diteruskan dengan jalinan kerjasama pusat bahasa/universiti luar Negara. Lain-lain10.04.2014
Saya ibroheng saoyanya sedang belajar bahasa melayu dasar di Universiti Fatoni selatan thai, Ingin bertanya DPP tentang tatabahasa, Apakah kata arah? Teremakasih.Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Antara contoh kata arah yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah atas, antara, segi, sudut, selatan dan sebagainya. Puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 286 untuk lanjut.Tatabahasa14.12.2013
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.



Lihat selanjutnya...