Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.al] | سوءال

Definisi : 1. soalan: ~ semacam itu tidak perlu dijawab; 2. hal atau perkara (yg sulit atau rumit), masalah: ~ wang perlu difikirkan sedalam-dalamnya; ~ tarian dan pelajaran mendapat tempat istimewa dlm perbualan kami; ~ pokok hal (perkara) yg penting atau utama; ~ selidik sejumlah soalan yg dikemukakan secara berterusan dlm borang tertentu utk dijawab oleh sebilangan orang dlm usaha mencari dan mengumpulkan maklumat ter­tentu; bersoal mengemukakan soal, bertanya; menyoal mengemukakan pertanyaan, mem­beri soalan, menanya: Siti ~ lagi apabila di­dapatinya soalan tadi tidak mendapat jawab­an; ~ balas menyoal seseorang yg memberi keterangan utk sesuatu pihak (pihak lawan dll) utk memastikan kesahihan keterangan yg diberikannya; menyoalkan menanyakan sesuatu kpd; mempersoalkan mengemukakan sesuatu sbg soal, menjadikan soal, membahaskan, membincangkan, memperdebatkan: akhbar itu pula ~ mutu hasil-hasil sastera sekarang; soalan sesuatu yg ditanyakan (dlm pepe­riksaan dll), pertanyaan: jawab lima drpd tujuh soalan yg di bawah ini; ~ bocor soalan (peperiksaan, ujian dsb) yg sudah diketahui sebelum peperiksaan, ujian dsb dijalankan: mereka mendapat ~ bocor SPM drpd pe­muda itu; ~ ramalan soalan yg diramalkan akan keluar atau ditanyakan dlm peperiksaan, ujian dsb: dlm saat-saat akhir ini, Siti mahu memberi perhatian kpd ~ ramalan serta tip yg diberi oleh guru. persoalan 1. sesuatu yg dipersoalkan, masa­lah: semakin hari ~ wanita semakin menjadi bertambah menarik; 2. pembicaraan, per­bahasan, perbincangan; penyoalan perihal atau perbuatan menyoal atau menyoalkan: cerpen ini berakhir dgn ~ terhadap dirinya; penyoal orang yg menyoal atau menge­mukakan soalan: soalan yg dikemukakan oleh ~ itu sukar difahami oleh responden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.al] | سوءال

Definisi : 1 = soalan 1 apa-apa yg ditanyakan dlm peperiksaan dll; apa-apa yg me­merlukan jawapan; pertanyaan: Segala ~ ttg urusan bank akan dijawab oleh Encik Sanusi. 2 sesuatu perkara yg sulit atau rumit yg perlu diselesaikan; masalah: ~ wang, engkau jangan khuatir. bersoal memberikan soal; bertanya: ~ jawab saling memberikan soalan dan jawapan. menyoal mengemukakan soal (yg sulit-sulit); menanyakan sesuatu (dlm peperiksaan dll): Pihak polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki merompak. mempersoalkan menjadikan sesuatu sbg soal atau sbg masalah: Kita tidak boleh ~ hal-hal politik dlm majlis kita ini. persoalan sesuatu yg dipersoalkan; masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
soal
Kata Terbitan : menyoal, mempersoalkan, persoalan, soalan,

Puisi
 

Cik Salleh membeli pari,
     Campur seekor ikan tenggiri;
Toleh kanan kiri berdiri,
     Soal kubur datang mencari.


Lihat selanjutnya...(3)