Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah strategi-strategi komunikasi terkini yang digunakan pihak dbp dalam usaha organisasi ini membentuk imej, identiti dan reputasiIdentiti, imej dan reputasi korporat merupakan agenda utama aktiviti korporat bagi setiap organisasi termasuk DBP. Strategi-strategi komunikasi DBP bagi mengekalkan imej, identiti dan reputasi korporat yang positif dibuat secara terancang, berterusan dan sistematik merangkumi aspek berikut : Hubungan Media, Komunikasi Dalaman, Periklanan, Identiti Korporat, Direct Mail, Penajaan, Pameran (Hari Bertemu Pelanggan), Persidangan, Hubungan Komuniti, Pengurusan Krisis, Acara Khas dan Penghubung.Lain-lain29.07.2007
salam sejahtera tuan, kemusykilan saya; 1. adakah 'differentiation strategy' boleh diterjemahkan kpd strategi pembezaan atau strategi perbezaan? 'differentiation strategy' merupakan strategi yg dgunakan oleh syarikat bagi menampilkan imej dan kualiti produk/servis yg berbeza. 2. adakah 'low cost strategy' boleh diterjemahkan kepada strategi kos rendah. 'low cost strategy' merupakan strategi syarikat untuk menawarkan harga rendah kepada pelanggan. terima kasih.1. Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "differentiation strategy". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "differentiation" ialah pembezaan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah strategi pembezaan.

2. Istilah bahasa Melayu untuk "low cost strategy" ialah strategi kos rendah.
Istilah21.02.2013
Cikgu, frasa strategi penggalian parit" atau "strategi menggali parit" barulah betul? Saya tak dapat membezakan perbezaan kedua-dua bentuk ini. Tolong berikan penjelasan tentang kedua-dua bentuk frasa ini.Kedua-dua frasa ini betul. Yang membezakannya ialah bagaimana ia digunakan dalam konteks ayat.
Penggalian menunjukkan satu proses menggali
menggali ialah perbuatan menggali sesuatu.
"Strategi Penggalian parit" boleh digunakan sebagai tajuk  rencana atau akhbar atau sebuah kata nama khas.  Contoh:  Kerajaan telah melancarkan strategi penggalian parit yang paling baik di dunia.
"Strategi menggali parit" digunakan dalam ayat yang menunjukkan perbuatan. Contoh: Ketua kampung itu sedang menerangkan strategi menggali parit yang paling berkesan kepada anak-anak buahnya.
Tatabahasa11.05.2014
saya nak tanya, 'sustainability strategy' adakah ia diterjemahkan kepada strategi mampan atau strategi kelestarian.Kami cadangkan terjemahan "strategi mampan" digunakan kerana lestari sering digunakan dalam bidang perhutanan dan alam sekitar.Penyemakan dan penterjemahan20.02.2013
maksud perkataan strategiAntara maksud strategi ialah rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan.Makna12.08.2009
1. Apakah strategi/gaya/kaedah terjemahan yang disarahkan kepada penterjemah DBP untuk menterjemah teks sains dan teknikal? 2. Apakah piawai penilaian kualiti penerbitan hasil terjemahan teks sains dan teknikal oleh penerbit DBP?Prinsip terjemahan buku sains dan teknologi sesuai dibuat secara terjemahan langsung. Sila rujuk Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk maklumat lanjut. Tel.: 03-41497210, faks : 03-41432939.Lain-lain17.01.2008
APAKAH MAKSUD STRATEGI?ADAKAH SAMA MAKSUD DENGAN CARA,KAEDAH DAN PENDEKATAN?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, disertakan maksud keempat-empat istilah tersebut untuk makluman saudara, iaitu: 

strategi ditakrifkan sebagai 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu.

Cara bermaksud 1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina.

Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu).

Pendekatan bermaksud 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.

Istilah15.01.2010
apakah makna dasar dan strategi?

 

 Salam Sejahtera Yusof Bin Mohamed Razali,

Soalan : Apakah makna dasar dan strategi?

Jawapan : Saudara, DBP telah menyediakan Perkhidmatan Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) DBP untuk memudahkan saudara mencari maklumat yang diperlukan.  PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yang menjalankan tugas,

Abdul Razak Mohammad

Lain-lain04.03.2009
As Salam, Saya pelajar PhD di USM dalam bidang terjemahan dan sedang menjalankan kajian penterjemahan teks bukan fiksyen. Kajian saya tidak hanya memfokus kepada kajian tentang strategi penterjemahan semata-mata. Saya juga mengkaji tentang kecenderungan strategi yang dikaji dan ikhtisar terjemahan. Untuk mengkaji ikhtisar terjemahan, saya perlu mendapat maklumat tentang penerbitan buku dan hasil terjemahan. Seeloknya saya dapatkan maklumat tentang hasil terjemahan sejak merdeka lagi. Disebabkan penubuhan DBP od 1956 dan fungsi DBP (sblm penubuhan ITNM dan Persatuan Penterjemah Malaysia) ketika itu, saya ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan terjemahan yang telah dihasilkan dan diterbitkan oleh DBP hingga kini. Pertanyaan saya: 1. Siapakah perlu saya hubungi untuk dapatkan maklumat-maklumat yang berkenaan? 2. Perlukah saya menulis surat rasmi kpd DBP untuk tujuan tersebut? 3. Adakah perlu saya menjalankan temu bual dengan pegawai yang berkenaan atau bolehkah saya ajukan soalan melalui e-mel sahaja? 4. Bolehkah saya dapatkan juga maklumat yang berkaitan dengan penyuntingan? (maksud saya pegawai yang menguruskan hal yang berkaitan penyuntingan) 5. Adakah penyuntingan bahasa dalam terjemahan teks dipantau oleh DBP?Untuk maklumat yang diperlukan, sila hubungi Ketua Bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur di talian 03-2148 2661 atau e-mel asiah2@dbp.gov.myLain-lain13.02.2012
apakah definisi konsep yang berikut mengikut bidang pendidikan:1. pengajaran 2. pembelajaran 3. pendekatan 4. kaedah 5. teknik 6. strategi sekian, terima kasihKonsep (i) pengajaran = sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. (ii) pembelajaran = proses mempelajari. (iii) pendekatan = cara atau kaedah. (iv) kaedah = cara atau peraturan membuat sesuatu. (v) teknik = pengetahuan atau kaedah membuat atau mencipta sesuatu. (vi) strategi = ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan sesuatu, muslihat atau rancangan yang teratur.Makna25.07.2006
Tesaurus
 
strategi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan taktik, muslihat, siasah, rancangan, perencanaan.,