Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Takrif kesalahan tatabahasa dari segi morfologi, sintaksis, dan semantik beserta punca-puncanya.Kesalahan tatabahasa dari aspek morfologo, sintaksis dan semantik boleh ditakrifkan sebagai kesalahan dalam pembentukan kata, susunan kata dalam ayat dan makna perkataan. Untuk maklumat lengkap (termasuklah punca berlakunya kesalahan itu) sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan tentang tajuk berkenaan. Tatabahasa22.02.2009
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang susunan kata kerja dalam ayat majmuk berikut: 1. Ayah duduk sambil membaca surat khabar di bawah pokok 2. Ayah membaca surat khabar sambil duduk di bawah pokok. Kekeliruannya ialah dengan perkataan 'duduk'. adakah susunannya dalam ayat majmuk no.2 betul? Terima kasih.Sususan yang lebih gramatis ialah "Ayah duduk sambil membaca surat khabar di bawah pokok.".Tatabahasa11.04.2013
Dalam jawapan yang diberikan oleh pihak DBP, saya ternampak suatu susunan kata yang menyebabkan saya keliru. Pihak DBP memberi saya jawapan tersebut: " berusaha memperoleh sesuatu" Tetapi, ayat yang betul bukan "berusaha untuk memperoleh sesuatu" kah? (Saya menambah Frasa Sendi "untuk" antara perkataan "berusaha" dengan "memperoleh Tolong berikan jawapan. Saya menunggu :)Bentuk yang gramatis ialah "berusaha untuk memperoleh sesuatu"Tatabahasa28.04.2014
yang kurik itu kendi yang merah itu saga yang baik itu budi yang indah itu bahasa ..betulkan susunan kata dan ejaan pada pantun ini.Yang betul ialah 'Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga'. Harap maklum.Ejaan26.08.2008
sintaksis bahasa melayu

Sintaksis bahasa Melayu bermaksud pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dan sebagainya) tentang susunan kata dlm ayat bahasa Melayu.

Tatabahasa02.07.2008
unsur perlambangan dalam peribahasa dan asal usul bermula peribahasa

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa telah lama digunakan/wujud dalam masyarakat Melayu atau masyarakat lain juga. Untuk melihat asal usul, jenis dan ciri-ciri (termasuklah perlambangan)sila lihat kajian/buku tentang peribahasa.

Lain-lain26.01.2008
apakah makna hubungan paradigmatik dan sintagmatik.

Paradigmatik ialah daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan. Manakala sintagmatik pula ialah pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dlm ayat. Maksud hubungan disini ialah hubungan kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan dengan pengetahuan seseorang tentang susunan tersebut. T.kasih.

Makna10.09.2008
apakah yang ditakrifkan dengan morfologi dan sintaksis bahasa melayuMorfologi bermaksud kajian berkenaan bentuk kata atau pembentukan kata, manakala sintaksis bermaksud ilmu atau kajian tentang susunan kata dalam ayat.Makna30.11.2010
maksud fonologi,pengenalan pada lingustik,morfologi,sintaksis,semantik.Fonologi - kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Linguistik - kajian saintifik tentang bahasa. Morfologi - kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Sintaksis - pengetahuan tentang susunan kata dalam ayat (cabang ilmu linguistik, peraturan). Semantik - kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.Istilah30.10.2006
Salam sejahtera, Sila rujuk lampiran. Saya keliru dengan ayat yang diberikan. " Kita telah meminjam hutan ini daripada generasi akan datang." Adakah penggunaan perkataan yg digunakan betul? Terimakasih."Kita telah meminjam hutan ini daripada generasi akan datang" - susunan kata dalam ayat ini adalah betul tetapi kurang tepat daripada aspek makna kata. Penggunaan kata yang lebih tepat ialah memelihara (memelihara hutan untuk) berbanding dengan kata meminjam.Tatabahasa28.03.2011
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,