Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sur] | سوسور

Definisi : tepi, pinggir; ~ bantal tepi bantal pd lintangnya; ~ daratan = ~ pantai bahagian tepi pantai atau dataran; ~ kota tembok kota yg di luar sekali; ~ tangan tempat berpegang pd titian dll, selusur; ~ tangga tempat berpegang pd tangga, langkan; menyusur 1. berjalan (belayar dll) mengikut tepi, berjalan (belayar) sepanjang tepi: mereka belayar dgn perahu ~ pantai Pahang; 2. lalu sepanjang (jalan dll), mengikuti (sesuatu jalan, arah, dll): ia ~ jalan kampung menuju rumah Dewi; kajian seterusnya akan ~ arah­arah yg berbeza; menyusuri 1. menyusur: mereka berjalan lambat-lambat ~ pantai; mereka berjalan ~ kaki lima; 2. ki mengikuti, meneliti: saya susuri ceramah beliau dgn hati-hati; susuran; ~ tangga susur tangga; penyusur; kapal ~ kapal yg menyusur pantai (singgah di pelabuhan kecil sahaja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sur] | سوسور

Definisi : Jw sugi tembakau, songel, sentil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sur] | سوسور

Definisi : ark; penyusur; ~ bayar pembayaran hutang secara beransur-ansur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sur] | سوسور

Definisi : bahagian tepi atau bahagian pinggir sebelah luar. ~ bantal bahagian tepi bantal pd lintangnya. ~-galur susunan keturunan; salasilah. ~ pantai tepi pantai. ~ tangan tempat berpegang pd tangga (titian dll); selusur. menyu­sur 1 berjalan atau bergerak mengikut tepi sesuatu; berjalan sepanjang tepi: Dr Pekan, mereka telah belayar ~ pantai hingga ke Kuala Terengganu. 2 lalu di sepanjang jalan dll: Sambil ~ di kaki lima itu, Leman memperhatikan barang-barang yg dipamerkan di dlm kedai. 3 ki menyelidik atau meneliti asal usul sesuatu: Kemakmuran ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dpt disusur kembali drpd perkembangan perusahaan getah dan bijih timah. menyusuri menyusur di: Mereka menikmati udara petang dgn berjalan ~ pantai yg indah itu. Dia begitu hati-hati semasa berjalan ~ kaki lima yg sibuk itu. penyusur yg menyusur: kapal ~ pantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susur (kata kerja)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, sembir;,
Kata Terbitan : menyusur, menyusuri,