Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Buku ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
saya guru perpustakaan di sek baru(sms Setiu). saya ingin bertanya, ada tidak tajaan buku-buku percuma dari DBP untuk perpustakaan baru? jika ada,bagaimana urusannya? bagaimana saya ingin mendapatkan katalog baru DBP? terima kasih

Sdr, bagi permohonan tajaan buku sila kemukakan permohonan tersebut  secara rasmi kepada Encik Abd. Ghapar bin Hj. Abdullah, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Telefon: 03-2148 2008. Faks: 03-2148 2945.

Sdr boleh menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP Berhad, Tingkat Bawah Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.  No. Telefon 03-2143 3504/03-2143 3505/ 03-2148 5869 dan Faksimile 03-2148 7887.

Lain-lain16.02.2012
saya merupakan pelajar dai universiti putra malaysia,kolej saya iaitu kolej keenam.ada meganjurkan pertandingan debat inter-kolej,oleh itu,kami ingin meminta jasa baik dai pihak dbp untuk memberi sedikit tajaan berupa buku atau kewangan,saya juga ingin tahu cara-cara untuk meminta tajaan dari pihal DBP.Terima kasihSila kemukakan permohonan tersebut  kepada Encik Abd. Ghapar bin Hj. Abdullah, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Telefon: 03-2148 2008. Faks: 03-2148 2945.Lain-lain01.07.2009
Tuan/Puan, Saya ingin memohon tajaan naskhah majalah terbitan DBP. Sebagai contoh Dewan Siswa,Dewan Masyarakat, dan sebagainya. Untuk pengetahuan pihak tuan,saya telah dipilih untuk menjalani program Fulbright Foreign Language Teaching Assistant di Northern Illinois University, dan saya akan menjadi tutor Bahasa Melayu kepada sekumpulan pelajar yang membuat kajian dalam Bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, saya amatlah berbesar hati jika pihak DBP boleh membantu dalam memberikan sumbangan beberapa naskah majalah dan lain-lain rujukan yang dirasakan sesuai. Saya akan menghantar butiran lengkap mengenai program yang saya akan sertai jika pihak DBP sudi menghulurkan bantuan. Saya dahului dengan ucapan terima kasihTahniah kerana sdr. terpilih menjalani program Fulbright Foreign Language di Amerika Syarikat. Untuk rekod, silalah tulis surat permohonan rasmi kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur bagi mendapatkan bahan rujukan dalam pengajaran Bahasa Melayu di Amerika Syarikat. Lain-lain19.03.2008
Adakad DBP menyediakan ape-ape penajaan untuk pelajar terutamanya mahasiswa.Saya dari Akademi Pengajian Melayu UM,memohon jasa baik dbp untuk mendapatkan sedikit tajaan daripada pihak tuan untuk menampung perbelanjaan Projek Fakulti kami...dan Apakah prosedur yang perlu kami lakukan?Terima kasih soalan yang dikemukakan.  DBP amat menyokong usaha-usaha pihak luar (NGO, Sekolah, Pelajar dsb.) untuk bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu.  Tajaan DBP berbentuk buku pelbagai tajuk dan bidang mengikut program yang dianjurkan.  Kami cadangkan tuan menghantar surat permohonan kepada Pengarah Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur.  Surat permohonan penting bagi kami meneliti dengan lebih terperinci program yang dianjurkan oleh tuan. Terima kasihLain-lain29.07.2008
Assalamualaikum Tuan/Puan, Sebagai introduksi, nama saya Mohd Ayub bin Ladin. Saya seorang pelajar tajaan MARA ke Universiti Stevens di York Baru, Amerika Syarikat. Mohd Ayub ingin tanya DBP kenapa tidak ada perkataan Bahasa Melayu untuk 'United Kingdom'. Sebagai rujukan, bahasa kita sudah pun ada perkataan untuk Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol, Mesir dll. Bahasa kita dah semakin matang dan lengkap. Adalah agak memalukan bahawa kita masih menggunakan bahasa penjajah untuk negara UK. Mohd Ayub telahpun berbincang isu ini dengan kawan-kawan. Kita cadangkan nama 'Tanah Bersepadu' adalah translasi yang berpatutan. Sekian, Mohd Ayub bin Ladin.Untuk makluman, nama negara dan ibu kota telah dibincangkan dalam Sidang Ke-31 Majlis Bahasa Brunei Darussalam- Indonesia-Malaysia pada tahun 1992. Antara keputusannya ialah: Nama-nama negara dan ibu kota yang telah lazim digunakan dalam versi bahasa Inggeris Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah dikekalkan walaupun negara berkenaan mempunyai versi bahasanya sendiri. Nama negara dan ibu kota yang telah biasa dikenali dengan nama bahasa Melayu dikekalkan untuk penggunaan dalam konteks kebangsaan. Berdasarkan maklumat di atas, United  Kingdom dikekalkan ejaan versi bahasa Inggeris dan Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol dan Mesir diterima kerana telah biasa dikenali dalam bahasa Melayu.Lain-lain04.02.2011
saya tidak tahu bagaimana hendak menghasilkan satu "resume" untuk saya sambung belajar ke IPTA dan mendapatkan tajaan biasiswa dari syarikat korporat sebagai contoh petronas dan MISC. saya juga memerlukan contoh "resume" seperti ini.... segera..... tolong.

Format menyediakan resume ada berbagai-bagai dan formatnya bergantung kepada tujuan dan siapakah penerimanya. Pada umumnya, format resume adalah seperti berikut :

    i. Nama

   ii. Pengalaman : persatuan, kerjaya, karya, luar negara

   iii. Pendidikan

   iv. Bahasa

   v. Kegiatan

  vi. Alamat

  vii. Profil : anugerah, sumbangan.

 

Lain-lain17.03.2008
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA Subject : PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS PERINGKAT KOMUNITI DI MALAYSIA SATU CADANGAN PEMOHONAN SUMBER KEWANGAN SOKONGAN Attachment : 130627MALDEWANBAHASAGERANKOMUNITI.docUntuk makluman tuan, untuk memohon tajaan daripada DBP dalam program kebahasaan sila kemukakan surat permohonan berserta kertas cadangan pelaksanaan program kepada Puan Rossilawaty Sheriff, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel rosila@dbp.gov.my.Lain-lain27.06.2013
fungsi penajaan sukanPenajaan sukan bermaksud perbuatan atau hal menaja aktiviti yang berkaitan dengan sukan seperti yang lazim dilakukan oleh syarikat-syarikat besar dalam negara. Hasil daripada penajaan ini dapat memberikan impak kepadakedua-dua belah pihak, pihak penaja secara tidak langsung dapat mempromosikan jenama, produk dan sebagainya, manakala pihak yang mendapat tajaan mendapat manfaat dan mengurangkan kos dalam pengendalian sukan tersebut. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan denan fungsi tajaan ini sila rujuk makalah yang berkaitan dalam majalah atau akhbar-akhbar utama.Lain-lain04.02.2010
Selamat Sejahtera, Saya salah seorang pensyarah dari Help College, Kuala Lumpur ingin bertanya samaada DBP boleh menaja buku-buku atau majalah untuk salah satu upacara tahunan di kolej :World Book Day 2014. Upacara ini akan dihadiri oleh sasterawan Negara Pak Samad Said. Kami akan menjemput lebih kurang 100 pelajar sekolah menengah. Majilis ini akan dimeriahkan lagi dengan deklamasi sajak oleh pelajar-pelajar kolej. Saya berharap pihak DBP boleh membuat tajaan untuk upacara ini.

Tuan boleh menghantar permohonan tajaan dengan menulis surat rasmi kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Selain itu, tuan juga boleh menghubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my .

Lain-lain26.03.2014
Assalamualaikum, tuan. Saya Norol Farhana Mohd Fuzi dari Kolej Pendeta Za'ba, Universiti Putra Malaysia. Kolej kami akan mengadakan satu program Make It Right Campaign 3 (MIRC 3). Program ini sebenarnya berbentuk ilmiah, di mana aktiviti-aktivitinya berkonsepkan syariat Islam serta nilai-nilai murni, dan tidak terhad untuk mahasiswa Islam bahkan bukan Islam. Program ini akan berlangsung selama 2 bulan bermula 1 Mac hingga 30 April 2013. Jadi, pihak kami ingin memohon penajaan daripada pihak tuan untuk memberi sumbangan terhadap program ini.Jadi bagaimana kami ingin memohon sumbangan dari pihak tuan? Sekian, terima kasih.Sila kemukakan surat permohonan tajaan kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Aras 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain25.01.2013
1
Tesaurus
 
taja
Kata Terbitan : menaja, tajaan, penajaan, penaja,