Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ku/] | تاکوق

Definisi : 1. takik yg agak dalam (pd pokok kelapa dll tempat berpijak ketika memanjat), tokek; 2. bahagian kemaluan laki-laki yg berlurah, leher kemaluan laki-laki; 3. ki had, takat, pering­kat: petani-petani masih di ~ lama dan mungkin lebih buruk lagi nasib mereka; ~-takak berbagai-bagai takik dan takuk, tidak rata; bertakuk ada takuknya, sudah ditakik (ditoreh); ~ yg ditebang, yg bergaris yg di­pa­hat prb, Mn mengikut peraturan (adat, resam) yg lazim; menakuk 1. memarang utk membuat takuk, menakik; 2. Mn menentukan (perjanjian dll); ~ janji menentukan janji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ku/] | تاکوق

Definisi : takik yg agak dalam pd batang pokok dan digunakan sbg tempat berpijak ketika memanjat. bertakuk mempunyai takuk; ada takuknya. menakuk memarang batang pokok utk membuat takuk; menakik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan takik: toreh, tukik, rakuk, sufal, cangap, tokek, tubang, ketak, gerat,

2. Bersinonim dengan had: takat, peringkat, batas, sempadan,

Kata Terbitan : bertakuk, menakuk,