Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya ingin bertanya apakah asal usul e pepet dan e taling? Semestinya nama pepet dan taling itu diberi oleh seseorang. Seterusnya apakah sebutan taling yang betul? Taling atau teling (teyling).Tidak ada maklumat tentang sejarah kewujudan huruf e pepet dan e taling dalam pangkalan data kami. Sebutan adalah seperti ejaan - taling.Tatabahasa05.08.2015
sebuatan untuk perkataan pensel, d imana letaknya e taling dan e pepet. terima kasih

Dalam ejaan pensel - e (taling) + e (taling). Contoh penggunaan e (pepet) seperti dalam ejaan emak, emas dan lebih.

Tatabahasa15.04.2011
kek ialah e pepet atau e taling?e talingEjaan21.07.2014
Bagaimana untuk saya bezakan antara e taling dan e pepet? ada tak formula tertentu untuk mengenali e taling dan e pepet?Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hanya tiga vokal iaitu i, a dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o dan e (pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman, seperti sate dan tauge. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 300.Tatabahasa29.09.2014
Salam, Saya masih keliru dengan sebutan perkataan 'Erat' adakah ianya disebut sebagai e taling atau e pepet... apakah hukum penggunaan e taling dan e pepet. Terima Kasih

Huruf e pada kata erat ialah e taling, sebutannya sama seperti kerat, berat dan jerat.

Tatabahasa06.10.2011
APAKAH PERBEZAAN ANTARA E PEPET DAN E TALING??Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, di bawah pola keselarasan huruf vokal, e pepet boleh diikuti a, i, u dan dalam suku kata kedua akhir tertutup seperti emak, petik dan beku, manakala e taling boleh diikuti a, e (taling), o dalam suku kata kedua akhir tertutup seperti elak, leper dan ekor .Ejaan21.03.2012
sebutan 'komedi' sebutan 'e' pepet atau talingJawapannya ialah 'e' taling. Harap maklum.Lain-lain23.05.2008
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya yang manakah kombinasi simbol fonetik untuk vokal 'e' yang tepat? 1. [é] (untuk e taling) dan [e] (untuk e pepet) atau 2. [e] (untuk e taling) dan [] (untuk e pepet) Terima kasih.Simbol bunyi untuk e pepet [e] seperti e.mak dan simbol bunyi untuk e taling [] seperti .kor.Tatabahasa23.07.2015
minta tanya apakah bacaan e dalam perkataan selop? E taling atau e pepet?Selop - e taling seperti telor (tidak dapat mengucapkan kata-kata dengan sebutan yang betul) berdasarkan pola kesalarasan vokal.Tatabahasa08.09.2013
Ingin tahu ejaan yang betul mantera atau mentera? Bagaimana sebutannya? man-te(pepet @taling?)-ra atau men-te(pepet@taling?)-ra.Ejaan yang betul ialah mantera.  Sebutan yang betul ialah e pepet, man.te.ra.Tatabahasa13.10.2013
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taling