Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Tampak ijuk tak bersagar, lurah tak berbatu.

Takrif

Seseorang yang diperlakukan dengan sekehendak hati, kerana tidak ada kaum kerabatnya yang disegani orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Datang tampak muka, pulang tampak punggung.

Takrif

Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.

Takrif

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan.

Takrif

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lah tampak jalan tempat lalu, lupa batu akan menarung.

Takrif

Orang miskin setelah mendapat kebahagiaan lupa kepada bahaya yang mungkin mencelakakan dirinya. menarung = menyentuh, menyerandung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah tampak kaki ular.

Takrif

Tingkah laku seseorang yang jahat yang sudah mulai diketahui.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang tinggi tampak jauh, yang dekat jolong bersua.

Takrif

Dalam sesuatu usaha pemimpinlah yang bertanggungjawab dan dialah pula yang akan dipuji atau dicela.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan).

Takrif

Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung). (Peribahasa lain yang sama makna: Terbang bertumpu, hinggap mencengkam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tampak ranggas takkan meleting.

Takrif

Mengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain yang sama makna: Tampak duri takkan mengait). ranggas = ranting kayu mati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tampak duri takkan mengait.

Takrif

Mengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain yang sama makna: Tampak ranggas takkan meleting).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
tampak (kata kerja)
1. Bersinonim dengan nampak: dapat dilihat, kelihatan, ketara, ternyata,
Berantonim dengan ghaib

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terbit, menampakkan diri, memperlihatkan diri, menonjolkan diri,
Berantonim dengan tenggelam

Kata Terbitan : tampaknya, menampakkan, tertampak,

Puisi
 

Pulau Pemanggil teluk empat,
     Tampak dari Johor Lama;
Adik tinggal menunggu tempat,
     Abang pergi takkan lama.



Lihat selanjutnya...