Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Sila nyatakan cara penggunaan tanda bacaan yang betul pada ayat di bawah: Fahmi Karim dan Bala membersihkan makmal komputer Sila terangkan berkenaan penggunaan tanda bacaan koma. Saya diajar bahawa tiada tanda koma sebelum kata hubung dan. Adakah apa yang kami pelajari itu betul? Bilakah tanda koma digunakan sebelum kata hubung dan? Bilakah ianya tidak digunakan? Sejak bila ada perubahan pada penggunaan tanda baca tersebut?

Penggunaan tanda koma (,) dalam ayat tersebut adalah seperti yang berikut Fahmi, Karim dan Bala membersihkan makmal komputer.

Fungsi utama tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah termasuklah memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan, seperti ayat: Emak telah membeli ikan, sotong, ketam dan udang di pasar. Tanda koma (,) tidak perlu diletakkan sebelum "dan".

Penggunaan koma (,) sebelum "dan" biasanya untuk unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan bukan dari jenis yang sama atau kategori yang berbeza, seperti ayat: Emak telah membeli ikan, sayur, dan buah-buahan di pasar.

Tatabahasa24.03.2011
Bagaimana menggunakan tanda titik koma dengan betul dalam ayat,bagaimana ingin membezakan tanda baca titik koma dengan tanda baca koma dalam ayat,mengapa tanda baca ini jarang digunakan dan sila nyatakan beberapa contoh ayat yang mengandungi tanda baca titik koma.

Dibetulkan istilah tanda baca, daripada 'titik koma' kepada 'koma bertitik'.

Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila:
(a)  memisahkan dua atau beberapa klausa dalam satu ayat. Contohnya: (i) Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. (ii) Malam makin larut; kerja masih banyak.
(b)  memisahkan klausa induk daripada klausa atau frasa yang bermula dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. Contohnya: (i) Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik. (ii) Antara pendekatan yang boleh digunakan termasuklah pendekatan psikologi; pendekatan androgogi; dan pendekatan sinergogi.

(c)  memisahkan klausa yang bersiri yang berlainan maklumat dalam satu ayat yang lengkap. Contohnya: kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diminta bersabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.

Tanda koma (,) digunakan:

(a)   sebagai unsur pemisah.

(b)   sebagai unsur yang mengapit keterangan subjek, predikat atau objek. Contohnya: (i) Duit syiling itu jatuh, dan sebelum sempat dipungutnya, bergolek laju ke dalam lubang. (ii) Pagi tadi, sebelum datang ke sini, saya singgah sebentar di pejabat. (iii) Lima belas orang, termasuk dua orang wanita, telah menyertai bengkel itu.

(c)   mewujudkan ada perkataan yang telah dihilangkan. Contohnya: Saya mahu kopi. Dia, teh tarik.

Tanda koma bertitik jarang digunakan, mungkin disebabkan pengguna kurang faham.

Perbezaan penggunaannya tidak ketara, boleh menggunakan sama ada tanda koma atau koma bertitik untuk memisahkan beberapa klausa dalam ayat. Kecuali, jika dalam beberapa klausa ada penggunaan tanda koma.

Lain-lain04.03.2012
Mohon penerangan tentang aspek tanda baca iaitu tanda koma dan penggunaannya. Terima kasih.Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yg berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yg diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yg mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa ketrangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yg mendahului ayat induk dan byk lagi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Tatabahasa23.07.2013
Bagi kata hubung "tetapi", adakah perlu diletakkan koma sebelum "tetapi" untuk suatu ayat itu. Contohnya, Saya gemuk, tetapi Ali kurus. atau Saya gemuk tetapi Ali kurus.Kata hubung "tetapi" tidak perlu diletakkan tanda koma sebelum "tetapi" kerana jenis kata hubung ini menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk menggunakan kata hubung ini disebut ayat majmuk gabungan. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hal. 239. Terima kasih.Tatabahasa02.10.2006
Salam sejahtera. Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan tentang penggunaan tanda koma sebelum kata hubung "dan". Saya tetap keliru kerana dalam buku teks BM Tahun 2, tiada penggunaan koma sebelum "dan" manakala buku teks BM Tahun 3 pula ada. Adakah ini disebabkan oleh masalah edit? Sekian, terima kasih.

Encik Lee,

Untuk makluman tuan, pertanyaan tuan tentang penggunaan tanda koma sebelum kata hubung "dan " tidak selaras dalam buku teks BM tahun 2 dan Tahun 3 telah kami ajukan kepada  Tuan Haji Abd Khalik bin Sulaiman, Ketua Bahagian Buku Teks (Tel.03-21481085/e-mel:khalik@dbp.gov.my). Sebarang maklum balas tentang perkara ini akan dimaklumkan dengan segera kepada tuan.

Tatabahasa21.05.2009
masih tidak pasti tentang penggunaan tanda 'koma'-","Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yg berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yg diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yg mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa ketrangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yg mendahului ayat induk dan byk lagi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Tatabahasa16.12.2006
bagaimana dengan penggunaan tanda ; dalam sajak dan makna atau tujuannya tanda tersebut diletakkan...di manakah tempat yang sesuai menggunakannya

Tanda koma bertindih (;) digunakan seperti yang berikut:
1. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya - Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal;...
2. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya dan sebaliknya.
3. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contohnya, Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang...
4. Memisahkan klausa yang bersiri, berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. Contohnya, Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera; diucapkan....

Lain-lain03.05.2013
Bilakah tanda ; boleh digunakan? Apakah maksudnya?

Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila:

i.  Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. contohnya: Malam makin larut; kerja masih banyak.

ii. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanpun, malah, di samping itu, oleh itu, oleh yang demekian dan sebagainya.

iii. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat.

iv. Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, terutama jika bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma.

Tatabahasa27.06.2011
Adakah perlu meletakkan tanda koma sebelum kata hubung? contah : Ibu memberi sayur, buah-buahan , dan tebung di pasar.Yang betul ialah Ibu membeli sayur, buah-buahan dan rebung di pasar.Lain-lain07.05.2008
salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan tanda (:) dan penggunaan tanda (;). sebagai contohnya dalam tafsir ayat al-Quran. Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.huma. menceritakan, Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila air mencukupi dua kolah nescaya air itu tidak akan menjadi cemar (atau kotor). Dalam lafaz hadis yang lain disebutkan; tidak akan menjadi najis. boleh tuan/puan jelaskan dengan terperinci kegunaan kedua simbol (; dan :) ini. terima kasih.Lazimnya tanda titik bertindih digunakan untuk memisahkan subjudul dengan judul utama buku, contohnya Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan. Tanda koma bertindih pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan.Tatabahasa19.04.2012
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,