Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara

(Association of Southeast Asian Nations [(ASEAN)]

ialah sebuah pertubuhan negara-negara di Asia

Tenggara Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina,

Singapura , Thailand, dan Vietnam. Ia menggalakkan

kerjasama ekonomi, kebudayaan, dan sosial di

kalangan negara anggota. Walaupun ASEAN

berusaha menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai

rantau yang aman dan stabil, namun ia bukan satu

pakatan ketenteraan.

UMUM
PERTUBUHAN PERJANJIAN ASIA TENGGARA (SEATO)

Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara

(SEATO) ialah perikatan lapan buah negara yang

menandatangani Perjanjian Pertahanan Bersama Asia

Tenggara di Manila, Filipina, pada 8 September 1954.

Anggotanya terdiri daripada Australia, Perancis, New

Zealand , Pakistan, Filipina, Thailand, United Kingdom,

dan Amerika Syarikat. Pakistan menarik diri pada

tahun 1972. SEATO dibubarkan pada tahun 1977.

UMUM
PERTUBUHAN MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN ASIA TENGGARA

Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan

Asia Tenggara [Southeast Asian Ministers of

Education Organization (SEAMEO)] ialah pertubuhan

serantau yang bermatlamat untuk meningkatkan

kerjasama antara negara-negara Asia Tenggara

menerusi bidang pendidikan, sains, dan kebudayaan.

UMUM
ASIA TENGGARA

Asia Tenggara merangkumi semenanjung dan

kepulauan di sebelah timur India dan Bangladesh

serta di sebelah selatan China. Rantau ini

mengandungi negara Brunei Darussalam,

Myanmar, Kemboja, Laos, Malaysia, Filipina,

Singapura, Thailand, Vietnam dan sebahagian

besar Indonesia.

UMUM
MAJLIS SASTERA ASIA TENGGARA (MASTERA)Majlis Sastera Asia Tenggara.SASTERAInstitusi/Organisasi
TENGGARA

TENGGARA, judul dwibahasa. Tenggara mulai diterbitkan pada tahun 1967 oleh Universiti Malaya dengan kekerapan sekali setahun. Mulai tahun 1968, ia diterbitkan dua kali setahun. Pada tahun 1979, Tenggara dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan mulai tahun 1989, penerbitannya diambil alih oleh Yayasan Penataran Ilmu. Tujuan utama jurnal ini adalah untuk menghasilkan karya-karya kreatif yang asli dalam bahasa yang luas digunakan di Malaysia dan Singapura. Sungguhpun begitu rencana dalam bidang lain seperti kebudayaan, kesenian, bahasa dan kesusasteraan tradisional turut diterbitkan. Karya yang bukan dalam bahasa Inggeris diterbitkan dalam terjemahan Inggeris sementara karya tentang sastera Melayu diterbitkan dalam bentuk asal.

SASTERAPenerbitan
ISLAM DI ASIA TENGGARA

ISLAM DI ASIA TENGGARA, perkembangan agama Islam di Asia Tenggara yang bermula sejak abad ke-5 M. Islam di Asia Tenggara adalah gambaran daripada sebuah sosiopolitik yang beragam, meskipun terikat oleh keadaan tradisi keagamaan yang sama. Islam ialah agama majoriti penduduk Brunei Darussalm, Indonesia dan Malaysia. Di Singapura, Thailand, Filipina dan Myanmar, minoriti penduduknya beragama Islam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
DIALEK MELAYU DI NUSA TENGGARADIALEK MELAYU DI NUSA TENGGARA, dialek yang digunakan di wilayah yang terbentang lebih1000 km dari Pulau Lombok di sebelah barat hingga Pulau Timor di sebelah timur, mengikuti alur gunung berapi yang membentuk pelbagai pulau. Di kepulauan yang luas itu, terdapat tiga dialek Melayu iaitu dialek Lombok, Larantuka dan Kupang. Walaupun ketiga-tiganya dituturkan di kepulauan yang sama, sejarah, latar belakang dan ciri-ciri setiap dialek itu adalah berbeza. Kesemuanya dituturkan sebagai bahasa ibunda oleh golongan minoriti tetapi nampaknya hanya dialek Kupang sahaja yang berfungsi sebagai bahasa perhubungan di kawasan tertentu.BAHASABahasa
SANTIAGO DE CUBA

Santiago de Cuba (pend. 345 772) terletak di

kaki banjaran Sierra Maestra di pinggir laut

tenggara Cuba. Jauhnya 740 kilometer di tenggara

Havana. Untuk lokasi, lihat Cuba (peta politik).

Santiago ialah pusat industri perlombongan Cuba.

Ia juga pusat penghantaran besi, mangan, gula,

kopi dan tembakau. Kota Morro, salah sebuah

mercu tandanya, didirikan untuk mempertahankan

pelabuhannya daripada serangan lanun British, dan

Perancis. Pada tahun 1898, semasa Perang

Sepanyol-Amerika, angkatan laut Amerika Syarikat

telah memusnahkan sebahagian besar angkatan

laut Sepanyol berhampiran pelabuhan Santiago.

UMUM
GERAKAN ISLAH AWAL DI ASIA TENGGARA

GERAKAN ISLAH DI ASIA TENGGARA, gerakan pembaharuan Islam yang dipelopori oleh beberapa orang tokoh ulama yang memperjuangkan mazhab Syafie. Gerakan ini cuba menghapuskan aliran tradisional mazhabiyah, iaitu golongan yang berpegang kepada empat mazhab iaitu Mazhab Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafie. Para pendukung gerakan ini digelar sebagai Kaum Muda oleh golongan tradisional, manakala  golongan tradisional pula menggelar diri mereka sebagai Kaum Tua.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tenggara