Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Novel ; Dialek ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya ingin bertanya, apakah kata dasar bagi 'terperanjat' ?

Kata dasar bagi perkataan terperanjat ialah peranjat. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Lain-lain20.04.2010
salam, saya tidak pasti sekiranya ini cara yg betul utk bertanyakan MAKSUD PERKATAAN. saya berusaha utk mencari maksud TERKESIMA. terima kasih.

Puan Fairuz terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Terkesima adalah bersamaan surprise dalam bahasa Inggeris atau dalam bahasa mudahnya bermakna terperanjat. Terima kasih

Ejaan15.10.2009
Adakah ia betul untuk sekolah/tadika menggunakan buku bahasa melayu yang menggunakan perkataan seperti "gogel" (kaca mata renang), "Barbeku" (barbeque) "snek" (makanan ringan) / "stimbot". Ini bukan perkataan bahasa melayu dan ada pula pelbagai jenis buku dengan pelbagai perkataan bahasa lain. Saya risau kanak-kanak tidak dapat membezakan mana satu yang betul? Terperanjat saya mendapat tahu 'pengetip kuku' kini dikenali sebagai 'pemotong kuku'.Ejaan barbeku, snek dan stimbot telah diterima pakai dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Ejaan gogel tidak disenaraikan. Dalam hal ini lebih baik gunakan cermin mata atau kaca mata renang.Ejaan21.02.2008
bilakah penggunaan yang sesuai bagi 'dia' dan 'nya'?

Encik Ahmad Sabri,

Soalan yang ditanyakan agak kurang jelas. Namun penggunaan dia dan nya dapat dibezakan penggunaan nya melalui ayat berikut.

Apabila dia (sebagai ganti nama)kembali ke kampungnya (ganti nama ) setelah sepuluh tahun meninggalkan kampung tersebut ,dia amat terperanjat dengan pelbagai perubahan yang berlaku.

Tatabahasa04.10.2010
merujuk soalan 6. dia dan nya adalah ganti nama diri ketiga tunggal. bilakah sesuai menggunakan nya dan dia?

Penggunaan dia dan nya dapat dibezakan melalui ayat berikut. Apabila dia (sebagai ganti nama) kembali ke kampungnya (ganti nama ) setelah sepuluh tahun meninggalkan kampung tersebut ,dia amat terperanjat dengan pelbagai perubahan yang berlaku.

Tatabahasa06.10.2010
Tuan, ada tak perbezaan maksud kata seru ' wah' dan ' amboi' . Jika contoh ayat di bawah diberikan, apakah jawapan yang paling tepat ? Ayat : ____, cantiknya jam tangan awak!. (a) Amboi (b) Eh (c) Oh (d) WahMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna amboi ialah kata seru yang menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau untuk mengusik seseorang, wah bermaksud kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll), eh bermaksud kata  untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll) dan oh bermaksud kata untuk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll). Oleh yang demikian tiada perbezaan yang jelas antara kesemua kata seru tersebut. Walau bagaimanapun, kata seru yang paling sesuai untuk konteks ayat yang diberikan ialah amboi atau wah.Tatabahasa16.07.2011
1. Adik ______ kesejukan selepas mandi agak lama di dalam kolam renang. A. menggigil B. menggeletar Apakah perbezaan antara menggigil dengan menggeletar?Buku Kamus Pelajar memberikan makna perkataan menggigil sebagai bergoncang badannya kerana kesejukan, ketakutan; menggeletar: Contoh ayat : Malam itu dia menggigil kesejukan; manakala perkataan menggeletar diberikan maksud bergerak-gerak anggota badannya kerana kesejukan atau ketakutan; terketar-ketar; mengigil. Contoh ayat:  Apabila mendengar kata-kata pegawai polis itu, maka penyeludup itu pun terperanjat, menggeletar badannya kerana takut.Makna23.06.2014
1. Saya berasal ( dari, daripada ) Selangor. Dari digunakan untuk tempat manakala Daripada digunakan untuk orang? 2." ( Eh , Oh ) ,awak rupanya Julia !" kata Kenny . 3. Bagaimanakah membezakan penggunaan Wah & Amboi ? TQ

Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Saya berasal dari Selangor. Dari digunakan utk merujuk kpd tempat atau masa (cth: dia datang dari Kajang), manakala daripada merujuk kpd sumber atau perbandingan (cth: Kain diperbuat daripada benang).

2. "Eh,awak rupanya Julia!" kata Kenny. Eh ialah kata seru utk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll): Contoh ayat, 1. Eh, dulu di sinilah dia tinggal! 2. Eh, Ali rupanya yang datang. Oh pula ialah kata seru utk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll): Contoh ayat, 1. Oh,baru ini aku tahu! 2. Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka!

3. Perbezaan wah dan amboi ialah wah digunakan utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll). Contohnya: Wah, dahsyat sungguh!, manakala amboi pula ialah kata seruan utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang. Contohnya: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini!

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan Edisi Empat.

Karya23.07.2010
1
Tesaurus
 
peranjat
Kata Terbitan : memeranjatkan, terperanjat,