Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Perkataan 'emak' ialah perkataan 2 suku kata terbuka atau tertutup? Perkataan 'biawak' ialah perkataan 3 suku kata tertutup atau terbuka? Adakah saya lihat suku kata terakhir dalam sesuatu perkataan untuk menentukan sama ada perkataan itu terdiri daripada suku kata terbuka atau tertutup?Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Oleh itu, emak dan biawak ialah suku kata tertutup.Lain-lain20.07.2010
salam, apabila kita menyebut suku kata terbuka dan suku kata tertutup, adakah kita merujuk pada bentuk suku kata sahaja atapun perkataannya. Contoh; perkataan "keamatan" = KV+V+KV+KVK, bersuku kata tertutup @ terbuka

Encik Effendy,

Apabila kita menyebut suku kata, kita merujuk pada suku kata tersebut. Perkataan "keamatan" mempunyai suku kata tertutup.  

Ejaan22.10.2010
Selamat malam, 1. Adakah perkataan "hai/ran" terbentuk daripada suku kata terbuka + suku kata tertutup ? kemusykilan saya ialah adakah bunyi diftong "ai" dianggap sebagai suku kata terbuka ? 2. Adakah perkataan "se/nang" dan "ta/rikh" terbina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup ? Terima kasih.Perkataan hairan, senang dan tarikh ialah suku kata tertutup. Diftong "ai" ialah suku kata terbuka. Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman.Tatabahasa21.01.2010
salam. saya ingin tahu apakah perbezaan kerdip dan kerlip?Menurut Kamus Pelajar,  kerdip ditakrifkan sebagai  berkerdip sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn lampu, mata dll); berkelip. mengerdipkan menjadikan sekejap terbuka dan sekejap tertutup; mengelipkan. kerdipan cahaya yg berkerdip; gerakan kelopak mata utk pejam celik; kelipan.

Manakala kerlip ditakrifkan sebagai berkerlip, mengerlip sekejap terbuka sekejap tertutup; berkedip-kedip; berkelip-kelip:Di langit kelihatan bintang ~. sekerlip;~ mata sekejap mata.

Berdasarkan takrifan tersbeut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.
Makna19.03.2014
Saya ingin mengetahui istilah CCTV dalam bahasa Melayu dikenali sebagai kamera litar tertutup atau kemera litar bertutup. terima kasih

Encik Nazri,

Padanan bahasa Melayu yang betul ialah kamera litar tertutup.

Istilah16.01.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pertanyaan saya adalah berkenaan suku kata dalam bahasa melayu jawi. Adik saya bertanyakan tentang suku kata tertutup tetapi saya tak tahu berkenaan itu. Jadi saya memintak tolong pihak tuan sekiranya boleh menjelaskan kepada saya apakah itu 'suku kata tertutup'. Pertanyaan ke-2 berkenaan dengan skrip-skrip persembahan. Adakah pihak tuan ada menjual skrip-skrip untuk digunakan oleh pihak universiti ataupun sekolah untuk dilakonkan oleh pelajar? sekiranya ada, berapakah harga skrip tersebut. Diharap pihak tuan dapat menjawab soalan saya. sekian, terima kasih

Suku kata tertutup terdapat pada perkataan yang ejaannya berakhir dengan konsonan. Contoh; adik, hormat, kampung,letak,boleh.

Tentang skrip pihak kami tidak menjualnya kepada universiti ataupun sekolah. Walau bagaimanapun saudara boleh menghubungi Jabatan Sastera untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini.

 

Tatabahasa05.02.2008
mengetahui cara mengajar membaca secara menyebut suku kata, perkataan, dan ayat mengenali suku kata terbuka dan suku kata tertutup

Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Rujuk juga buku Daftar Kata Bahasa Melayu, terbitan DBP; Mengajar Membaca - Teori dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca, tulisan Yahyah Othman; dan Motivasi dan Kaedah Membaca, tulisan Zaini Ujang terbitan Nurin Entreprise. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran ini, sila rujuk kepada pihak yang lebih arif, iaitu pensyarah di maktab dan universiti.

Lain-lain30.04.2013
saya menghadapi masalah untuk memahami suku kata tertutup dan suku kata terbuka dalam bahasa melayu.Terima kasih.

Saudari Hazrina,

Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, contohnya: saya, baca dan buku, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan, contohnya: emak, kakak dan buah. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman.

Tatabahasa02.10.2012
1) Boleh huraikan tentang suku kata terbuka dan suku kata tertutup? 2) Terangkan tentang suku kata bagi perkataan "emak", "kakak", dan "buah". Saya keliru dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia muka surat 37 (BM3.5.6,BM3.5.7,dan BM3.58)1. Suku kata terbuka ialah  suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, contohnya: saya, baca dan buku, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan, contohnya: emak, kakak dan buah.Tatabahasa23.04.2012
1)Adakah suku kata - rai dalam perkataan sorak-sorai ialah suku kata terbuka? 2)Adakah suku kata -ah dalam perkataan meriah merupakan suku kata tertutup?Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Oleh itu, kata RAI = KVV ialah suku kata terbuka dan MERIAH = KVKVVK ialah suku kata tertutup.Tatabahasa20.06.2011
Tesaurus
 
tutup
Kata Terbitan : bertutup, menutup, tertutup, penutupan, penutup,