Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
salam sejahtera, saya ingin bertanya; a) bunting dalam bahasa melayu diterjemahkan sebagai apa? b) apakah yang dimaksudkan dengan bunting. adakah bunting merupakan bendera-bendera kecil yang digantung pada tali yang panjang ataupun kain rentang besar (menegak) yang selalu kelihatan di tiang-tiang lampu di sepanjang jalan pohon kerjasama pihak tuan.a) Bunting dalam bahasa Melayu ialah gegantung. Gegantung ialah kain atau bahan lain yang digantung secara menegak untuk mengiklankan sesuatu.Penyemakan dan penterjemahan21.11.2007
puncak tiang / atas tiang. Yang manakah adalah betul. Tolong tunjukkan. Terima kasihKedua-dua betul.Tatabahasa08.09.2009
Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan.

Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi.  Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujung­nya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan.

Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. 

Makna25.04.2011
apakah maksud tajuk drama Tiang Cengal dan Dinding Sayung' dalam genre komsas Tingkatan 5?

 

Saudara,

Drama "Tiang Cengal Dinding Sayung"  bertemakan tetang kasih sayang dan kesetiaan isteri kepada suami dan keluarga serta kepincangan sikap  anak-anak / generasi muda melaksanakan tanggunjawab terhadap ibu bapa.

untuk maklumat lanjut sila layari www.cemerlangbm.com

 

sekian, terima kasih.  

Sastera23.02.2011
Mahu ubah ayat 3 pillars ke BM. Mahu perkataan bersesuaian selain daripada tiang, asas, dan rukunSelain daripada perkataan tiang, asas dan rukun, dalam data PRPM, terdapat istilah pillar box. Padanan bahasa Melayu untuk pillar box ialah peti surat.

Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah  st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. 

Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pillar untuk lebih lanjut.
Tatabahasa02.07.2013
salam. Saya ingin bertanya, adakah peribahasa , 'tiang kampung' sesuai digunakan untuk menunjukkan sseorang yang berumur panjang.. terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, "tiang kampung" bermaksud orang yang tertua dalam kampung. Untuk makluman, tidak terdapat maksud "seseorang yang berumur panjang" dalam pangkalan data kami.Makna24.01.2013
Bolehkan tuan cuba jelaskan maksud peribahasa atau ungkapan 'rumah satu tiang seribu'? Saya sudah menyemak peribahasa ini dalam kamu peribahasa termasuk kamus Peribahasa Abdullah Hassan tetapi tidak dapat menyemaknya. Sekian, terima kasih.Dalam sumber rujukan kami tidak ada peribahasa 'rumah satu tiang seribu', dalam pengetahuan kami ungkapan ini merupakan tajuk sebuah drama dan bukan peribahasa.Makna28.05.2010
apakah maksud sakasaka I : pusaka.
saka II : 1. leluhur drpd sebelah emak 2. pangkat yg turun-temurun.
saka III : tidak subur lagi (tanah), usang
saka IV : Jw 1. tiang seri (pd rumah), tiang ibu rumah; 2. ki penegak atau pengukuh (negara dll).
saka V : (Tani) jenis tumbuhan (kunyit dll) yg hidup semusim atau setahun sahaja.
Makna10.01.2013
1. Pekerja-pekerja Majlis Perbandaran sedang __________ dahan pokok di tepi jalan untuk mengelakkannya daripada mengenai tiang elektrik. A.memangkas B.Mencantas. 2. Apa perbezaan memangkas dan mencantasPekerja-pekerja Majlis Perbandaran sedang memangkas/mencantas dahan pokok di tepi jalan untuk mengelakkannya daripada mengenai tiang elektrik. Memangkas dan mencantas mempunyai makna yang sama, iaitu memancung hujung dahan.Tatabahasa17.04.2012
Hantar Visual iklan untuk pasang di tiang lampuLayari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan klik e-perkhidmatan, klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP dan teruskan prosedur yang selanjutnya. Jika terdapat sebarang masalah tentang khidmat berkenaan, hubungi Encik Rahimi di talian 03-21482916 atau Puan Puteri Aishah 03-21482927. Lain-lain08.06.2011
Tesaurus
 
tiang (kata nama)
1. Bersinonim dengan tonggak: turus, pancang, pacak, turas, cerucuk,

2. Bersinonim dengan sendi: teras, tunjang, asas, dasar, rukun, prinsip, pokok,

Kata Terbitan : bertiang,

Puisi
 

Rumah kecil tiang seribu,
     Rumah besar tiang sembilan;
Dari kecil dikandung ibu,
     Sudah besar mencari makan.



Lihat selanjutnya...