Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Karyawan ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
senaraikan kata pinjaman yang tidak mengikut sistem keselarasan vokal bahasa Melayu.

Contoh kata pinjaman tidak menurut sistem ini seperti: kabaret, jaket, atom, kontraktor dan setem.

Sila rujuk juga laman-laman web berikut: 

faculty.unitarklj1.edu.my/.../POLA%20KESELARASAN%20VOKAL.doc 

www.slideshare.net/son_goku/pola-keselarasan-vokal1

www.scribd.com/doc/11606755/Pola-Keselarasan-Vokal

Lain-lain12.07.2009
1. Apakah maksud menterjemah? 2. Bahasa sumber adalah? 3. Menurut Abdullah hussain (1970), perkataan kamus berasal daripada apa? 4. Secara keseluruhan edisi terkini kamus dewan memuatkan berapa jumlah kata?, kata majmuk berapa?, terbitan?, tunggal? 5. Siapakah yang menyusun kamus eka yang pertama? 6. Perkataan dansa, nahkoda, seluar, serunai, baju dan mohor berasal dari mana? 7. Maksud transkripsi 8. Menurut Hartimurti (1974), kitab pengetahuan bahasa tidak dapat dianggap sebagai kamus murni melainkan dianggap sebagai kamus jenis apa? 9. Kamus dewan edisi terkini diterbitkan bila, berapa jumlah entri? 10. Penyusun kamus boleh menggunakan pelbagai bahan rujukan seperti kamus sedia ada, daftar istilah dan sebagainya untuk mencari maksud sesuatu perkataan. Proses ini adalah? 7.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat terjemahan bermaksud hasil daripada menterjemah. Terjemah bermaksud memindah daripada satu bahasa kepada bahasa lain.

Transkripsi bermaksud skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan trengkas atau rakaman.

Kamus Dewan Edisi terkini diterbitkan pada tahun 2005. untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi Bahagian Perkamusan, Tingkat 23, Menara DBP.  

Makna30.01.2008
Menurut tatacara pembentukan kata terbitan yang kata dasarnya bermula dengan deretan huruf sy, imbuhan yang terlibat antaranya men-, men--kan, pen-, dan peN--kan untuk membentuk kata seperti mensyampu, mensyaratkan, pensyarah, dan persyarikatan. Namun, didapati tatacara ini tidak dipatuhi sepenuhnya bagi kata dasar syair; kata terbitan yang dirakamkan dalam Kamus Dewan Ke-4 (KD4) antara lain; mensyairkan, pensyair, penyair, kepenyairan. Hanya dua kata terbitan pertama sahaja menurut tatacara tersebut, sementara yang lain nampaknya kekecualian. Persoalannya, adakah kata terbitan yang tidak/belum dirakamkan dalam KD4, iaitu menyair, dan kepensyairan dapat gunakan? Mungkin menyair diterbitkan dengan asas bahawa kata ini berupa kekecualian sebagaimana kepenyairan, manakala kepensyairan pula diterbitkan dengan asas bahawa pengimbuhan inilah yang menurut tatacara sebenar. Sudah tentu yang lama boleh dikekalkan supaya terdapat pilihan, sama ada menyair atau mensyair, dan kepenyairan atau kepensyairan, sebagaimana ada pilihan bagi kata terbitan jawaban atau jawapan, pelibatan atau penglibatan, pembelajaran atau pemelajaran dsb. Pada pendapat saya, supaya pensyair dapat digunakan dengan rasa baku berbanding penyair, kata terbitan kepensyairan juga harus wujud dalam Kamus Dewan Keempat. Sekian. Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia BerhadSeperti yang tuan maklumi kata penyair dan kepenyairan ialah kekecualian dalam pembentukan kata bahasa Melayu. Merujuk pangkalan data kami tidak ada contoh penggunaan perkataan kepensyairan dan ada satu contoh penggunaan menyair oleh penerbit bukan DBP. Cadangan tuan agar kata menyair dan kepensyairan diamasukkan dalam entri kamus yang akan diterbitkan akan kami kemukakan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Bahagian Perkamusan. Hal ini akan ditangani oleh Bahagian Perkamusan, sama ada menerima cadangan tuan atau sebaliknya perlu ada justifikasi yang mewajarkannya.Istilah27.11.2012
minta tuan memberikan maksud perkataan : KONSEKUENNYA.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, maksud konsekuen ialah secocok (sesuai, selaras) dengan kata-kata dan lain-lain yang terdahulu atau sama (tidak bersalahan) dengan yg sudah-sudah.Makna05.06.2009
1.Menurut arkib soalan DBP,soalan 35 memberikan jawapan yang salah iaitu kata-kata aluan adalah betul padahal kata aluan-aluan adalah persis dan tepat.Saya berharap DBP menyedari kesalahan ini. 2.Dalam arkib soalan DBP,frasa tidak dapat dijawab oleh kami juga tidak menepati hukum tatabahasa pelaku kedua,apa komen tuan?Terima kasih atas teguran tersebut. Kami memohon maaf atas kesalahan itu. Jawapan yang betulnya ialah kata alu-aluan. 2. Frasa yang betul ialah 'tidak dapat kami jawab'. Oleh hanya boleh digunakan untuk kata ganti nama diri ketiga sahaja. Bagaimanapun kami memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menyatakan no. siri arkib soalan yang telah dirujuk bagi membolehkan pihak kami membuat tindakan susulan. Harap maklum.Tatabahasa26.07.2008
Mohon diberi penerangan tentang penggunaan frasa dalam ayat yang ditulis dalam akhbar tempatan.Terdapat banyak kesalahan dalam ayat contoh yang diberikan termasuklah pemilihan kata yang tidak sesuai, ejaan yang salah penggunaan kata terbitan yang tidak betul, penggunaan kata sendi nama yang tidak betul, penggunaan kata tanya dalam ayat penyata dan ayat tidak lengkap.
Contohnya dalam ayat 1: Sebagai sebuah negara yang muda, Malaysia mengambil langkah besar dalam mencapai kemajuan serta kemakmuran. Penggunaan kata muda dan besar tidak tepat dari segi semantik (rujuk kamus untuk melihat makna ayat), begitu juga dengan penggunaan kata sendi nama dalam tidak sesuai dengan konteks ayat. Ayat tersebut boleh dibaiki menjadi Sebagai sebuah negara yang pesat berkembang pemimpin Malaysia mengambil langkah berani demi kemajuan dan kemakmuran negara.
Begitu juga dengan ayat 2: Menurut Dr. Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan mendapat kepandaian dan keupayaan baru. Sebab itulah penting bagi menggalakkan mereka buat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baru. Ayat ini boleh dibaiki menjadi Menurut Dr. Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan berusaha mendapat kepandaian dan keupayaan baharu. Sebab itulah penting bagi ibu bapa menggalakkan mereka membuat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baharu.
Untuk ayat 3 - 11 sila analisis dengan merujuk buku tatabahasa dan kamus.
Tatabahasa09.10.2012
Salam sejahtera. Kata "adakah" ialah kata tanya? Jika bukan kata tanya, "adakah" ialah kata apa? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, adakah ditakrifkan sebagai 1. apakah ada (untuk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar daripada kekalahan tahun lalu?. Daripada definisi tersebut, kata "adakah" merupakan kata untuk pertanyaan soalan.Tatabahasa14.06.2013
Salam sejahtera, apakah perbezaan antara ialah, adalah dan merupakan ? Terima kasih.

Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri hanya dua iaitu "adalah" dan "ialah". Perkataan "merupakan" ialah kata kerja dan bukan kata pemeri. Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja.  Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.

Makna perkataan merupakan adalah seperti yang berikut :  1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yang dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yang ~ fikiran yang dibuat daripada satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya seperti (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya seperti perempuan tua; ia dapat ~ dirinya seperti harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sebagai: dengan ~ dirinya sebagai se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

Tatabahasa24.04.2013
Karim menggunakan pelbagai helah untuk melepaskan dirinya. Perkataan seerti bagi helah ialah______ A. Muslihat b. Akal C. Daya apakah jawapan? Tolong berikan penjelasan.Menurut Kamus Pelajar helah bermaksud 1 perbuatan atau kata-kata dusta utk menipu seseorang; muslihat; tipu daya: Berbagai-bagai ~ dijalankan utk menangkap pencuri itu. 2 alasan yg dibuat-buat utk menyembunyikan se­suatu atau utk melepaskan diri; dalih: Kalau seseorang hendak membuat sesuatu, dia akan berikhtiar sungguh-sungguh tetapi kalau dia tidak mahu, ada bermacam-macam ~ atau dalih.


Daripada takrifan tersebut, perkataan yang lebih tepat ialah muslihat. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=helah&d=1 untuk lebih lanjut.
Makna14.04.2014
Apakah maksud perkataan berikut 1.berkerja 2. menaksirJawapan 1:
Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai  huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu. Menurut KAmus Dewan Edisi Keempat, bekerja 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu .

Jawapan 2:
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "menaksir"  bermaksud menaksir, mentaksir 1. mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkannya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengira: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi penghargaan (dgn sewajarnya), menghargai, menilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu;
Tatabahasa27.03.2013
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa
336

Love is blind

Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.

Cinta itu buta

She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man

Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...