Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
"Persepsi setiap individu adalah tidak sama dalam semua perkara." Adakah ayat ini betul atau perlukan apa-apa pembetulan seperti menggunakan 'bagi' menggantikan 'dalam'?Ayat yang betul ialah "Persepsi setiap individu tidak sama dalam semua perkara".Tatabahasa06.05.2014
maksud kesan pertembungan budayaPertembungan budaya bermaksud pertemuan dan yang dikaitkan dengan peretembungan budaya di sini ialah pertemuan dua budaya yang tidak sama dan apabila dua benda yang tidak sama bertemu dalam suatu keadaan maka perlulah antara kedua-dua pihak bertolak ansur. Untuk mendapatkan maksud yang lebih persis, sila rujuk buku kajian sosial.Makna06.04.2014
DBP, adakah berperdu daripada bermaksud berpunca daripada a?Berperdu bermaksud berasas, kata berasas tidak sama dengan berpunca.Tatabahasa04.10.2011
Bolehkah rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" digantikan dengan "memerlukan cadangan terbuka"??Rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" tidak sama dengan "memerlukan cadangan terbuka". Frasa cadangan terbuka lazimnya sesuatu yang dicadangkan. Frasa yang boleh digunakan ialah "memerlukan pemikiran terbuka".Tatabahasa18.07.2013
Adakah ungkapan "bergaul dengan" sama dengan "menggauli"?Menggauli tidak sama maksudnya dengan bergaul dengan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=MenggauliMakna03.05.2013
kenapa kita menyebut loghat dengan bunyi lorat tidak loghat. kenapa sebutan lorat tidak sama dengan perkataan loghat itu sendiri?Adakah ianya faktor fonologi iaitu bunyi-bunyi bahasa itu sendiri?seperti yang kita ketahui maksud loghat ialah dialek dan tergesa-gesa. Ada yang mengatakan loghat itu menunjukan maksud risau akan sesuatu.Adakah ia betul?Dalam Kamus Dewan loghat dan lorat ialah dua perketaan yang berbeza. Loghat yang bermaksud dialek tetap disebut seperti ejaannya, iaitu loghat. Lorat pula disebut lorat dan membawa maksud susah atau payah. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=loghat dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lorat.Istilah04.11.2012
Tuan Adakah perkataan tidak dan tiada mempunyai maksud yang tidak sama? Bila kedua-dua perkataan ini boleh digunakan? Terima kasihTiada juga membawa makna yang sama dengan tidak. Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks ayat.Ejaan04.12.2014
As Salam ! Mengapakah format penulisan surat kiriman rasmi Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris tidak sama?Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Sama ada format tersebut sama atau tidak antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris bukanlah bidang kuasa DBP untuk menentukannya.Lain-lain03.04.2012
Assalamualaikum Tuan Saya minta jasa baik tuan untuk membetulkan isi kandungan surat saya. Terima kasih atas kebaikan tuan semoga Allah sahaje akan membalasnya Wassalam HasbiLampiran yang dikemukakan tidak sama dengan perisian yang kami gunakan. Agak sukar untuk kami menyemaknya kerana ejaan bersambung sehingga habis perkataan. Sementerlahan pula, tuan boleh menyemak sendiri di laman web kami untuk mendapatkan ejaan yang betul dan contoh penggunaannya juga boleh dilihat dalam data entri. Tatabahasa15.01.2015
apakah yang dimaksudkan dengan 'gestalt theory'?Teori Gestalt, gestalt digunakan dalam bidan Psikologi yang bermaksud struktur sesuatu benda atau idea yang harus ditanggapi secara utuh kerana jumlah keseluruhannya tidak sama dengan jumlah pecahan-pecahannya.Makna26.12.2012
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Banyak duri perkara duri,
     Tidak sama duri mengkuang;
Banyak budi perkara budi,
     Tidak sama budimu seorang.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
437

Once burned, twice shy

Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang

Sekali tersengat, selalu beringat

I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once burned, twice shy .

Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekali tersengat, selalu beringat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...