Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
1.makna 'bahasa' 2.Makna 'komunikasi' 3.makna 'papan 'tanda' 4.makna 'papan kenyataan' (mengikut kamus dewan dan tokoh-tokoh) terima kasih....Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa bermakna sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb). Komunikasi pula bermakna perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll). Papan tanda pula ialah papan nama sesuatu tempat (kawasan). Papan kenyataan pula ialah papan tempat ditulis atau ditampal kenyataan (larangan, pengumuman, dll). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna16.04.2009
SALAM SEJAHTERA, Saya seorang pelajar ,wajibkan untuk membuat kajian BM dan saya memilih tajuk variasi bahasa. Saya ingin tahu, apakah maksud bahasa mesra menurut tokoh-tokoh sastera seperti Nik Safiah Karim . Bantuan dari pihak Tuan/Puan amat diharapkan. sekian, terima kasih .Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Namun, kami tetap melayani soalan yang berbentuk tugasan dengan mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah  yang berkaitan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. Sila klik layari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran.Lain-lain01.07.2013
apa maksud tokoh guru dan guru tokoh?Istilah yang betul ialah tokoh guru.Lain-lain05.05.2014
Apakah tanggungjawab DBP mengenai penggunaan sebutan bahasa malaysia atau bahasa kebangsaan yang berpiawaian tinggi (high standard langguage)?, maksud saya sebutan bahasa malaysia yang "baku" dalam pengajaran bahasa malaysia di peringkat sekolah rendah, menengah dan Universiti. Agensi-agensi seperti penyiaran dan penghubung radio bahasa malaysia, tokoh-tokoh politik dan para saterawan negara.Bahasa Melayu baku bermaksud sistem atau sesuatu yang telah diterima umum sebagi betul dan sah dan dapat dijadikan asas bagi bentuk dan sebagainya yang berkenaan bahasa, sebutan, ejaan dan lain-lain. DBP telah mengeluarkan panduan tatabahasa, sistem ejaan, dan sebutan yang baku untuk rujukan pengguna bahasa Melayu di semua peringkat. DBP sedia memberikan taklimat atau kursus berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan berkesan.Lain-lain23.11.2007
bagaimana kita nak berurusan dengan tokoh sastera dan bahasa untuk tujuan temuramah? saya seorang pelajar UPSI,di minta membuat kerja kursus berkaitan tokoh,,,Persediaan awal sebelum menemuramah tokoh sastera dan bahasa, antaranya ialah mengkaji latar belakang tokoh, taraf pendidikan, bidang dan kepakaran tokoh yang dipilih, penglibatan dalam organisasi atau badan-badan amal, sumbangan dan karya-karyanya. Dalam hal ini, bagi memperlengkapkan maklumat dan persediaan di pihak sdr, sdr bolehlah merujuk kepada buku Wawancara, (terbitan DBP) karya Prof. Emeritus Dato' Dr. Hajah Asmah Haji Omar  dan buku Jambak I, Jambak II, Jambak III dan Jambak IV (terbitan DBP) yang  diselenggarakan oleh Kemala. Sekian dan salam.Lain-lain27.07.2009
Adakah benar tokoh bahasa Melayu hari ini telah banyak menginggeriskan bahasa Melayu dan banyak mengambil perkataan serta istilah saduran dan pinjaman dalam bahasa Inggeris. Benarkah bagi apa-apa perkataan atau istilah saduran dan pinjaman daripada bahasa Inggeris yang ada akhiran ''tion'' maka perkataan atau istilah yang dimelayukan akan berakhiran dengan ''si''. Mengapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan bahasa Melayu itu sendiri banyak dan kaya dengan perkataan, istilah,perbendaharaan kata serta kosa kata yang boleh dipilih, direka, diperbaharui dan digubal.Saya sebagai dan selaku pencinta bahasa Melayu sungguh kecewa dan mohon penjelasan yang sewajarnya dari pihak DBP.Perkara sebegini perlu dipandang sungguh-sungguh oleh tokoh-tokoh bahasa yang bijak pandai lagi dihormati. Saya juga mohon supaya mengurangkan perkataan, kosa kata serta istilah saduran dan pinjaman bahasa Inggeris dan Eropah. Pada pandangan saya, bahasa Melayu akan lebih berdiri megah dengan perkataan , kosa kata, perbendaharaan kata dan istilahnya sendiri tanpa banyak pinjaman. Masyarakat juga lebih memahami serta dapat mengerti dalam melontarkan dan mengucapkan kata-kata.Untuk makluman, salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. 5. Istilah asing yang akan diserap lebih sesuai dan tepat kerana tidak mengandungi konotasi buruk. Akiran "-tion" pada istilah bahasa Inggeris boleh dipadankan menjadi "-si" dan "-syen". Contohnya: tradition- tradisi, variation - variasi, convention - konvensyen, convocation - konvokesyen. Untuk maklumat lanjut tentang perkara di atas, sila rujuk buku "Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu" terbitan DBP.Istilah20.01.2014
Sdr budiman, Sebuah antologi puisi berjudul Pelopor akan diterbitkan bagi memperingati dua orang tokoh yang telah berjasa kepada masyarakat. Antologi berkenaan memuatkan puisi kedua-dua tokoh serta beberapa puisi penyair lain yang mengungkapkan tema yang selari dengan perjuangan dua tokoh berkenaan. Berpandukan maklumat di atas, saya telah memberikan judul untuk antologi seperti berikut: Pelopor: Antologi Puisi Sempena Memperingati A dan B Apakah judul yang saya berikan itu tepat dari segi nahu dan memadai untuk mengungkapkan maksud yang dinyatakan di atas? Diharap tuan memberikan judul yang bersesuaian berpandukan maksud yang dinyatakan di atas. Terima kasih atas khidmat nasihat yang tuan berikan. Yang benar, Chong Merujuk makna 'pelopor' ialah  orang yang mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas ; perintis. Manakala 'sempena' bermaksud berkat atau tuah ; atau mimpi. Bagi memberi judul buku antologi ini, sila pastikan kedua-dua tokoh tersebut sememangnya merupakan pelopor atau pengasas sesuatu aliran atau tema. Oleh yang demikian, tajuk antologi ini hendaklah menepati  fokus dan kandungannya. Berdasarkan  tajuk yang diberikan, dicadangkan supaya kata 'sempena' digugurkan.  Cadangan tajuk : Pelopor : Antologi Memperingati Tokoh A dan B.Lain-lain26.05.2010
apa konsep dan definisi kata tugas berpandukan lima ahli bahasa?Untuk melihat pendapat ahli bahasa tentang sesuatu konsep, maka saudara perlu merujuk buku yang dikarang oleh mereka. Contohnya buku Tatabahasa Dewan disusun oleh empat orang tokoh bahasa, iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Dr. Farid Onn, Prof. Dr. Hashim Haji Musa  dan Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. Buku Nahu Mutakhir dikarang oleh Prof. Emeritus. Dato' Dr. Asmah Haji Omar. Saudara boleh melihat persamaan dan perbezaan antara tokoh-tokoh bahasa tersebut dan perlu diingat penyusun buku Tatabahasa Dewan bersetuju dengan konsep tatabahasa yang dijadikan pegangan oleh kebanyakan ahli bahasa.Tatabahasa10.11.2012
saya ingin mendapat pengesahan sekiranya ingin menamakan sesebuah bangunan dengan menggunakan nama seorang tokoh adakah terdapat garispanduan yang menyatakan bahawa hanya nama tokoh yang telah meninggal dunia sahaja yang boleh dgunakan untuk menamakan sesebuah bangunan tersebutDalam Buku Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan, tiada peruntukan yang menyatakan hanya nama tokoh yang telah meninggal dunia sahaja yang boleh digunakan untuk menamakan sesebuah bangunan. Oleh itu boleh menamakan bangunan dengan nama tokoh masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.Lain-lain24.12.2007
Assalamualaikum wbt. Maaf mengganggu masa Tuan. Saya setiausaha PIBG SK Taman Bersatu, Ipoh. Memohon sedikit keprihatinan daripada puan untuk menjayakan program NILAM sekolah kami. Utk makluman tuan, saban tahun sekolah kami mengadakan program khas untuk murid-murid yang menggilai buku, kemuncak program tersebut ialah anugerah NILAM kepada tokoh NILAM sekolah ini. Sekadar makluman, tahun 2010 dan 2011 merupakan tahun yang sangat bahagia buat kami, 2010 sekolah kami berjaya mencpai nabib johan tokoh Nilam peringkat daerah manakala tahun 2011 kami berjaya mendapat tempat kedua peringkat negeri Perak. Tokoh-tokoh ini telah diberi ganjaran yang setimpal dengan usaha mereka. 2010 dihadiahi sebuah basikal, manakala 2011 dihadiahi sebuah nettbook sumbangan beberapa syarikat. di samping itu kami juga menyediakan pemberian intensif kepada murid-murid lain yang yang berjaya mencapai tahap tertentu dalam program ini. Sehubungan itu pihak kami memohon perhatian dan keprihatinan tuan untuk mendapat beberapa naskah buku terbitan tuan yg bersesuaian untuk remaja bagi dihadiahkan kepada murid-murid yang menunjukkan minat dalam membaca buku. Makluman lanjuta serta surat iringan akan kami kemukakan kepada tuan dalam masa yang terdekat. makluman tentang aktiviti nilam sekolah ini ada kami muatkan dalam album FB Pibgbersatu. terima kasih atas keprihatinan tuan. semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semuaSila kemukakan permohonan rasmi kepada: Encik Abd. Ghapar bin Haji Abdullah, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Tingkat 11, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-21482008/2959 No. Faks: 03-21482945 ..Lain-lain24.05.2012
Tesaurus
 
tokoh (kata nama)
1. Bersinonim dengan orang kenamaan: orang terkemuka, orang terkenal, pakar, ahli,

2. Bersinonim dengan gaya: lagak, rupa, watak, perwatakan, keperibadian, personaliti.,