Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Buku ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah maksud permainan tradisiPermainan tradisi bermaksud permainan  atau sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan (adat, kepercayaan, dll) yg kekal turun-temurun, sesuatu yg sudah menjadi amalan yg sudah sebati dgn sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dsb)Istilah26.11.2009
apakah maksud tradisi masyarakat mengikut kamus dewan bahasaTradisi bermaksud sesuatu kebiasan(adat, kepercayaan, dll.) yang kekal turun-temurun. Masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang hidup bersama. Oleh itu tradisi masyarakat bermaksud sesuatu kebiasaan yang kekal turun-temurun dalam masyarakat(sekumpulan manusia). Makna26.03.2008
"menjulang tradisi, memacu inovasi". adakah tema ini melanggar mana-mana peraturan tatabahasa? terima kasih.

Tema yang dicadangkan ini tidak melanggar peraturan tatabahasa. Terima kasih.

Penyemakan dan penterjemahan20.04.2008
selamat sejahtera saya ingin bertanya mengenai tajuk pembentangan yang bertajuk 'Warga yang Berbudaya,Memahami Tradisi Bangsa'.Apakah yang perlu saya bincangkan mengenai tajuk tersebut?Sila rujuk bahan ini : 1. Warga yang berbudaya, memahami tradisi bangsa oleh AGA Dewan Budaya 01/01/2007. 2. Budaya identiti bangsa [diwawancara oleh Ghafar Abdullah] A. Aziz Deraman Dewan Budaya 01/10/1986. 3. Cabaran dan masa depan Dasar Kebudayaan Kebangsaan A. Aziz Deraman Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 01/12/2004. 4. Menghayati budaya bangsa Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/08/2004 TLain-lain07.08.2007
Saya ingin menggunakan perkataan ini "reinvensi Tradisi" dalam tajuk tesis saya. Perkataan ini saya alihbahasa dari perkataan bahasa Inggeris iaitu "tradition reinvention". Diharapkan pihak tuan dapat mengesahkan jika saya boleh mengunakan perkataan tersebut.Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan kata invention ialah ciptaan atau berkaitan dengan penciptaan. Oleh sebab sdr tidak memberikan  jenis bidang pembelajaran (judul tesis) sdr,  rangkai kata "tradition reinvention" dapat dipadankan secara umum ialah "Tradisi Penciptaan Semula".Istilah23.06.2009
selamat pagi. soalan yang dikemukakan adalah penggunaan perkataan diperturunkan dalam konteks ayat "bagi kaum Melayu, kain batik merupakan elemen tradisi yang diperturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi kini. soalan saya adalah, adakah penggunaan diperturunkan betul daripada segi tatabahasa dan sekiranya salah, bagaimana untuk menganalisisnya. hal ini demikian, kata dasar bagi diperturunkan adalah turun yang membawa pelbagai definisi seperti perbuatan, warna, ekonomi. terima kasih.Bagi kaum Melayu, kain batik merupakan elemen tradisi yang diperturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi kini - diperturunkan (kata dasar turun) membawa pelbagai maksud antaranya memindahkan sesuatu kepada (anak, cucu, dan lain-lain), atau mewariskan sesuatu kepada..., berdasarkan maksud tersebut diperturunkan dalam ayat tersebut bermaksud diwariskan dan boleh digunakan. Tatabahasa20.01.2010
Apakah maksud perkataan 'kumpi'? Adakah ia sejenis makanan ringan tradisi?Maksud kumpi ialah moyang (lelaki dan perempuan).Makna30.04.2007
apakah itu nasi malukut?? benarkah ianya wujud dan menjadi makanan tradisi di sesuatu tempat??Nasi malukut tiada dalam sumber rujukan DBP yang ada hanya hanyalah malakut (bermaksud alam atau tempat malaikat dan roh/kerajaan) dan melukut (bermaksud pecahan beras yg halus-halus)Makna01.11.2007
Definisi Pembelajaran TradisionalPembelajaran Proses/kegiatan untuk memperoleh ilmu pengetahuan bersifat tradisi yang diwarisi daripada orang/sistem terdahulu.Makna16.10.2009
bolehkah pihak tuan membantu saya dalam memberi difinisi berkaitan dengan perkataan "kesantunan"?selain daripada kesantunan bahasa apalagi dalam budaya,tradisi,adat resam bangsa malaysia yang menggambarkan "kesantunan"?Kesantunan bermaksud perihal (sifat dan sebagainya) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti), baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan. Oleh itu, konsep kesantunan ini luas dan ada dalam pelbagai aspek kemasyarakatan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Bicara Bahasa Kesantunan Berbahasa Asas Keperibadian Mulia, terbitan DBP Wilayah Timur, 2007 dan Panduan utamakanlah kesantunan berbahasa, terbitan DBP, 1992.Tatabahasa22.02.2010
Tesaurus
 
tradisi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan adat, adat-istiadat, budaya, kebiasaan, kelaziman, amalan, resam, upacara, lembaga, peraturan, leluri.,