Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Ensiklopedia ; Kerajaan Malaysia ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah turutan nama gelaran untuk adik beradik didalam keluarga? Sulong, Angah, Uda..... dan seterusnya sehingga ke yang Bongsu. Adakah turutan ini berlainan dari negeri ke negeri? Apa bezanyas sekiranya ada 9 adik beradik dan 13 adik beradik?Gelaran yang biasa digunakan ialah along, angah, uda, alang,andak, tam, teh, cik dan cu. Gelaran ini berbeza mengikut negeri. Pada kebiasaan hanya gelaran ini digunakan. Sekiranya lebih bergantung pada keluarga berkenaan.  Mungkin saudara boleh cuba menghubungi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan tentang perkara ini.   Lain-lain06.05.2008
Apakah kata panggilan hormat (mengikut turutan) untuk digunakan dalam kata alu-aluan dalam mengacarakan sesuatu majlis?Panggilalan hormat mengikut pangkat dan gelaran seseorang dalam majlis tersebut, contohnya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar/Ketua Menteri disapa dengan panggilan Yang Amat Berhormat, susunannya seterusnya melihat kepada gelaran yang diterima daripa sultan atau Yang di-Pertuan Agong dan melihat juga pada situasi majlis tersebut sama ada anjuran kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi (Mokhtar Haji Mohd Tohar), terbitan DBP.  Lain-lain20.04.2009
1.imbangan 2.bersepadu 3.kesinambungan 4.turutan 5.litupan 6.orientasi kurikulum 7.humanisme 8.konstruksionisme 9.kognitifTiada soalan yang dikemukakan, namun jika saudara memerlukan makna bagi setiap perkataan tersebut sila rujuk kamus atau menggunakan carian di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain30.11.2011
Saya merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar dan saya keliru dengan penggunaan jawatan berikut serta jawatan yang mana lebih tinggi mengikut turutan yang betul: 1)Presiden 2)Naib Presiden 3)Timbalan Naib Presiden Atau 1)Presiden 2)Naib Presiden 3)Timbalan Presiden Atau 1) Presiden 2) Timbalan Presiden 3) Naib Presiden Apakah cadangan jawatan yang paling tepat untuk menggambarkan orang kedua dan ketiga terpenting?Menurut Kamus Dewan, timbalan bermaksud penolong ketua, naib; naib bermaksud pengganti, wakil atau penolong. Tidak ada perbezaan ketara dari segi bahasa.  Perbezaan hierarki jawatan wujud dalam organisasi yang menggunakannya.  Dalam kebanyakkan struktur organisasi politik, sukan dan pertubuhan di Malaysia strukturnya ialah Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden (Naib Presiden boleh lebih daripda satu kerusi) contohnya UMNO dan FAM. Jika organisasi memilih menggunakan naib presiden sebagai orang kedua, strukturnya ialan Presiden, Naib Presiden dan Timbalan Naib Presiden.  Di institusi pengajian tinggi pula, struktur organisasinya ialah Canselor, Naib Canselor dan diikuti Timbalan Naib Canselor.Makna28.01.2014
Saya merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar dan saya keliru dengan penggunaan jawatan berikut serta jawatan yang mana lebih tinggi mengikut turutan yang betul: 1)Presiden 2)Naib Presiden 3)Timbalan Naib Presiden Atau 1)Presiden 2)Naib Presiden 3)Timbalan Presiden Apakah cadangan jawatan yang paling tepat untuk menggambarkan orang kedua dan ketiga terpenting?Menurut Kamus Dewan, timbalan bermaksud penolong ketua, naib; naib bermaksud pengganti, wakil atau penolong. Tidak ada perbezaan ketara dari segi bahasa.  Perbezaan hierarki jawatan wujud dalam organisasi yang menggunakannya.  Dalam kebanyakkan struktur organisasi politik, sukan dan pertubuhan di Malaysia strukturnya ialah Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden (Naib Presiden boleh lebih daripda satu kerusi) contohnya UMNO dan FAM. Jika organisasi memilih menggunakan naib presiden sebagai orang kedua, strukturnya ialan Presiden, Naib Presiden dan Timbalan Naib Presiden.  Di institusi pengajian tinggi pula, struktur organisasinya ialah Canselor, Naib Canselor dan diikuti Timbalan Naib Canselor.Makna28.01.2014
APAKAH GELARAN YANG BETUL UNTUK ADIK BERADIK CONTOHNYA ALONG, ANGAH, UDA DAN SETERUS NYAUntuk makluman saudara along, angah, uda, utih, itam dan sebagainya ialah nama timang-timangan bagi turutan adik-beradik dalam kalangan keluarga. Gelarannya pula terpulang pada peringkat timang-timangan, jika tarafnya adik-beradik maka digelarnya along/abang long/kak long, jika tarafnya ibu/bapa saudara mak digelarnya mak long/pak long.Lain-lain10.12.2010
Tuan, Saya ingin bertanya berkenaan urutan perkataan berikut : 1. Cemerlang 2. Baik 3. Memuaskan 4. Lemah Adakah perkataan 'memuaskan' perlu diletakkan di bawah perkataan baik ataupun 'memuaskan' menunjukkan keadaan lebih daripada baik? Jawapan pihak tuan amat dihargai.

Puan Salina,

Turutan kedudukan yang diberikan itu adalah betul (cemerlang, baik, memuaskan dan lemah). Terima kasih

Tatabahasa05.10.2010
Sila tuan jelaskan penggunaan perkataan "pun". Ada yang dieja rapat dengan perkataan lain dan ada yang dieja jarak. Terima kasih

Dalam bahasa Melayu, kata penegas atau partikel 'pun' mempunyai dua fungsi, iaitu 1.yang bermaksud juga, bahkan, biar, menguatkan pokok ayat, turutan dan penguat kata tak tentu dieja terpisah. 2. pun dieja rapat apabila digandingkan dengan 13 perkataan sahaja, iaitu adapun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun dan walaupun.

Tatabahasa15.07.2011
Assalamualaikum. Tuan, dalam kertas mesyuarat saya pernah terjumpa frasa PERINGATAN MESYUARAT. Adakah maksudnya sama dengan MINIT MESYUARAT? Mana lebih tepat antara keduanya mengikut pandangan DBP?Adakah menjadi satu kesalahan gaya penulisan Minit mengikut stail tersendiri?Contohnya mengikut sistem penomboran contohnya Perkara 1 ada pecahan 1.2 atau dipecahkan lagi 1.2.1 dan sebagainya, atau mengikut turutan seperti sistem Jabatan Pelajaran dengan melabelkan Perkara I,II,III,IV sehingga seterusnya. Terima kasih Ismail Hashim-Baling Kedah

Peringatan Mesyuarat sama maksudnya dengan Minit Mesyuarat. Walau bagaimanapun Minit mesyuarat  lebih tepat penggunaannya kerana minit merupakan  catatan tentang apa yang telah diperkatakan (dibincangkan) atau dipersetujui (dlm mesyuarat, perundingan, dan sebagainya). Gaya penulisan Minit tidak semestinya sama antara semua organisasi. Minit mesyuarat DBP tidak sama 100 peratus dengan minit mesyuarat Kementerian Pelajaran, Intan ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam. Namun, minit mesyuarat yang baik hendaklah mematuhi ciri-ciri berikut: format yang betul (tajuk, maklumat mesyuarat, kehadiran), fakta betul, catatan yang ringkas, bahasa yang mudah difahami (tatabahasa yang betul).

Tatabahasa10.04.2011
Nama-nama panggilan dalam keluarga 1. Anak pertama - Abg Long /Kak Long 2. Anak Kedua - Abg Ngah/Kak Ngah 3. Anak Ketiga -- ? 4. Anak keeempat -- ? 5- Anak kelima -- ?? dan seterusnya.

Panggilan anak pertama (along) dan kedua (angah) adalah sama di banyak tempat, namun panggilan ketiga yang seterusnya tidak selaras dan dinyatakan panggilan yang ada dan turutan dalam keluarga teh (keenam/keempat), itam (ketujuh), andak (keempat/kelima), busu (bongsu), manakala panggilan anjang, uda hanya diberi makna panggilan dalam keluarga.

Lain-lain08.06.2008
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata turutan.