| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Saya ingin tahu adakah OKU = Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya? | Yang telah mantap penggunaannya bagi OKU ialah Orang Kurang Upaya. | Lain-lain | 06.10.2009 |
| Salam, Saya inginkan kepastian. Benarkah istilah Orang Kurang Upaya (OKU) kini sudah ditukar menjadi Orang Kelainan Upaya?Adakah ini bermakna penggunaan istilah Orang Kurang Upaya sudah tidak relevan? Sekian, terima kasih. | Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. | Istilah | 14.08.2012 |
| salam.boleh saya tahu istilah (oku) ringkasan kepada "orang kurang upaya" atau "orang kelainan upaya"? | Penggunaan yang telah mantap ialah 'Orang Kurang Upaya'. | Istilah | 30.03.2011 |
| Sdr, Daripada segi kesantunan berbahasa dan peristilahan, yang mana satukah yang lebih wajar digunakan: "Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya" bagi merujuk kepada OKU? Sekian Terima kasih. | Yang telah mantap penggunaannya bagi OKU ialah Orang Kurang Upaya. | Istilah | 08.06.2010 |
| Saya ingin mengetahui apakah takrifan sebenar berkaitan bahasa Melayu hilang upaya. | Hilang upaya ialah padanan bagi istilah disability dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanpun tidak ada maklumat lanjut atau huraian berkaitan istilah tersebut dalam pangkalan data kami. | Istilah | 21.06.2011 |
| Selama ini saya tahu OKU bermaksud Orang Kurang Upaya, tapi sejak akhir-akhir ini saya perhatikan di TV3 sering sebut sebagai Orang Kelainan Upaya... persoalannya bila pula digunapakai istilah ini dan adakah ia sudah menjadi sesuatu yang rasmi? Di stesen LRT Universiti juga ditulis Orang Kelainan Upaya di tempat parkirnya. | Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini penggunaan "Orang Kelainan Upaya" lebih kerap didengari/dibaca seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanpun belum ada apa-apa perubahan buat masa ini dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. | Istilah | 31.05.2011 |
| Tuan, benarkah sekarang kita menggunakan Orang Kelainan Upaya bukan lagi Orang Kurang Upaya? Terima kasih diatas pertolongan tuan. | Sekarang kita masih menggunakan Orang Kurang Upaya bagi OKU. | Lain-lain | 06.10.2009 |
| Saya ingin mengenal pasti yang mana satu di bawah ini adalah betul. "OKU- orang kelainan upaya" atau "OKU- orang kurang upaya"? Sekian | Istilah yang telah mantap penggunaannya bagi OKU ialah Orang Kurang Upaya. | Istilah | 07.05.2012 |
| Apakah maksud Orang Kelainan Upaya | Perkataan yang sering digunakan ialah Orang Kurang Upaya atau OKU yang bermaksud orang yang cacat, kekurangan atau keadaan kurang sempurna pada tubuh dan pancaindera. | Makna | 12.11.2009 |
| Adakah istilah ' golongan istimewa' sesuai digunakan. Jika sesuai, apakah perbezaannya dengan golongan kurang upaya? | Istilah golongan iatimewa tidak ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanpun berdasarkan pemerhatian dan pembacaan saya, golongan istimewa ini lazimnya merujuk kepada golongan kurang upaya. Masyarakat kita tidak mahu merendahkan kedudukan golongan kurang upaya dalam kalangan masyarakat, kerana itulah istilah golongan istimewa digunakan. | Lain-lain | 16.11.2010 |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | upaya (kata nama) | | Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;, | | | Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan, |
|
| Puisi |
|---|
|
Pohon betik pohon petola, Dipanggil jua pohon papaya; Adik cantik abang gila, Adik tak mahu apa upaya.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 429 Nothing is impossible to a willing heart Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle. Perkataan ‘tidak boleh’ tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|