Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apa itu wacana?konsep, ciri-ciri wacana, penanda wacana dan keutuhan wacana?Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog dsb. yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Ciri wacana ialah kohesi dan koheran. Penanda wacana wujud adalah untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Cth. penada penghubung, penanda rujukan,penggantian,leksikaldan elipsis atau pengguguran. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 523.  .   Penyemakan dan penterjemahan06.03.2008
saya ingin bertanya mengenai definisi wacana,ungkapan wacana, jenis-jenis wacana, contoh ungkapan wacana dan juga kesesuaian penggunaan wacana dalam penulisan atau ucapan,terima kasih..Wacana bermaksud kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen). Untuk maklumat lanjut sila rujuk  tulisan/buku yang berkaitan.Tatabahasa13.08.2008
apakah wacana dan penanda wacana?Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,dialog,bab,buku,siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  Tatabahasa28.03.2008
1. Apakah maksud penanda wacana? 2. Apakah fungsi-fungsi penanda wacana? 3. Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan penggunaan penanda wacana di kalangan pelajarBagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525.  Tatabahasa01.03.2012
WACANA (DARI SUDUT PETENTANGAN DAN MAKLUMAT) JENIS DAN CIRI WACANA KEPENTINGAN/FUNGSI WACANA DEFINISI WACANA DALA KONTEKS PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Sila rujuk bahan ini:

Wacana falsafah ilmu: analisis konsep-konsep asas dan falsafah pendidikan negaraAbdul Rahman Haji AbdullahUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.2005

Analisis Wacana

EriyantoTiada maklumat2001
Analisis wacana : dari linguistik sampai dekonstruksi Penerbit Kanal2002
Lain-lain16.02.2008
Apakah definisi wacana? Apakah konsep wacana? Apakah teori wacana?

Merujuk Kamus Dewan wacana ialah keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang wacana, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi terbaharu.

Makna22.08.2008
1. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, apakah maksud penanda wacana dan konsepnya? 2. Menurut DBP, apakah fungsi penanda wacana dan penggunaannya dalam perenggan? 3. Bagaimanakah penggunaan penanda wacana dapat meningkatkan kualiti sesebuah karangan?Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525.  Tatabahasa09.03.2012
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep penanda wacana?Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, maka penanda wacana digunakan. Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525.  Tatabahasa25.02.2012
Apakah definisi dan konsep tatabahasa wacana dalam penulisan karangan?
Dari segi hierarki tatabahasa, wacana terletak pada hierarki yang tertinggi selepas ayat, iaitu perkataan  - frasa klausa- ayat wacana. Agar wujud kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Dalam bahasa Melayu, sekurang-kurangnya lima jenis penanda wacana, iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran.
Tatabahasa12.03.2014
apakah maksud penanda wacana dan apakah fungsi penanda wacana. terima kasih
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,dialog,bab,buku,siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, edisi Ketiga.  
Tatabahasa18.02.2012
Tesaurus
 
wacana (kata nama)
1. Bersinonim dengan ucapan: perkataan, pertuturan, percakapan,

2. Dalam konteks pemikiran
bersinonim dengan pidato, khutbah, ceramah, syarahan surat, artikel, novel, cerpen.,