Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
ejaan yang betul bagi perkataan berikut jasa baik atau jasabaik keretapi atau kereta api walau bagaimana pun atau walau bagaimanapunEjaan yang betul bagi perkataan:
1. jasa baik
2. kereta api
3. walau bagaimanapun
Ejaan08.07.2014
walau bagaimanapunwalau bagaimanapunEjaan10.01.2012
walau bagaimanapunwalau bagaimanapunEjaan10.01.2012
walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun atau walau bagai mana pun. yang mana betul diantara berikutEjaan yang betul ialah walau bagaimanapun. Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari.  2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Contohnya: Walau bagaimana marah sekalipun dia tidak pernah menengking anaknya. Sila rujuk buku Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terbitan DBP.Ejaan18.05.2011
Apakah perbezaan istilah 'walau' dan 'walaupun'?Kedua-dua perkataan tersebut merupakan kata tugas. Walau bermaksud "dan sekiranya" dan sama maksud dengan walaupun. Saudara boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=walau untuk contoh ayat.Tatabahasa24.07.2013
Tuan, bolehkan perkataan 'bagaimanapun' digunakan dipangkal ayat? adakah lebih sesuai sekiranya kita menggunakan kata 'walau bagaimanapun'? contoh: Azman seorang yang miskin bagaimanapun dia seorang yang rajin.

Perkataan bagaimanpun dan walau bagaimanpun boleh hadir pada permulaan ayat. Walau bagaimanapun dalam ayat contoh yang diberi kata hubung 'tetapi' lebih gramatis untuk ayat tersebut.

Tatabahasa18.11.2011
YANG MANAKAH BETUL ...WALAUBAGAIMANAPUN ATAU WALAU BAGAIMANAPUN?Ejaan yang betul ialah walau bagaimanapun.Tatabahasa30.01.2014
salam, ejaan apakah tyang betul bagi perkataan "walau apapun"?Ejaan yang betul ialah walau apa pun.Ejaan02.04.2012
Assalamualaikum, Mohon kepastian adakah ejaan "walaubagaimanapun" didekatkan atau dijarakkan "walau bagaimanapun". Mohon kepastian. Terima kasih.Yang betul, walau bagaimanapun.Ejaan22.04.2011
Yang manakah betul dari segi tatabahasa dan gaya bahasa Melayu? 1. Jangan bazirkan wang walaupun satu sen! 2. Jangan bazir wang walau satu sen! 3. Jangan bazirkan wang walau satu sen pun! Terima kasih.Frasa yang lebih tepat ialah "Jangan bazirkan wang walaupun satu sen!"Tatabahasa22.07.2013
Tesaurus
 
walau (kata tugas)
Bersinonim dengan dan sekiranya, dan jika, biar, pun, biarpun, kendati, meski, meskipun.,

Puisi
 

Merabung kita merabung,
     Atas rabung dipulak ambuk;
Walau harum bunga kecubung,
     Kalau termakan memberi mabuk.



Lihat selanjutnya...