Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
mohon semak ayat berikut - 2.1 Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2.2 Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

1.  Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam.

2. Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

Kedua-dua contoh yang diberikan berkaitan dengan soalan sebelum ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan sebelum ini penggunaan frasa 'di dalam' dalam kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat. Walau bagaimanapun seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut. Oleh itu, sila rujuk pakar yang arif tentang laras bahasa undang-undang dan tafsiran setiap kata yang termaktub dalamnya.

Tatabahasa17.02.2011
Apakah maksud P.U (A) ? selalunya digunakan dalam warta kerajaan.P.U. (A) ialah singkatan untuk Pemberitahu Undangan (A)Lain-lain20.12.2012
nama lain yang lebih baik untuk majalah atau surat khabar untuk diletakkan sebagai nama kepada majalah/suratkhabarjurnal, risalah, warta, harian, berita. Sila rujuk Tesaurus Bahasa Melayu Dewan. Lain-lain26.03.2008
APA ITU MAKSUD AKHBAR ATAU SURAT KHABARAkhbar atau Surat Khabar sama sahaja maksudnya, iaitu kata yang berasal daripada bahasa Arab bermaksud berita atau warta.Makna21.09.2008
Salam sejahtera, Persatuan saya ingin menerbitkan buletin. Perkataan 'buletin' terlalu kerap dan banyak pihak menggunakan. Apakan perkataan lain saya lebih sesuai, sangat menarik dan jarang digunakan. Mohon 2-3 cadangan. Terima kasih.

Perkataan sinonim dengan buletin ialah warta, risalah. Untuk menamakan sesuatu terbitan, tuan/puan boleh menamakannya mengikut konsep atau apa yang hendak disampaikan. Contohnya 'Sesama Kita' bagi buletin Dewan Bahasa dan Pustaka.

Makna10.09.2008
Apakah terjemahan sesuai dalam bahasa Malaysia bagi perkataan "Breakaway TV News" atau "Breakaway News"? Perkataan dalam Bahasa Malaysia diperlukan bagi kesesuaian perkataan tersebut dalam siaran media elektronik dan media cetak.Berdasarkan konsep dan konteks penggunaan yang diberikan dicadangkan padanana bahasa Melayunya ialah berita tempatan/setempat atau warta tempatan/setempat.  Istilah29.01.2009
Penggunaan nama DAGING CENTRE sebagai nama perniagaan. Mohon petunjuk dari tuan kesalahan gabungan dua perkataan tersebut. untuk makluman tuan, permohonan nama perniagaan DAGING CENTRE ditolak atas alasan percampuran bahasa melayu dang inggeris. Pencampuran bahasa bagi tujuan nama kha, i.e. nama perniagaan sepatutnya tidak menjadi kesalahan. Mohon tuan membantu saya bagi menerangkan kepada SSM tentang perkara ini. Sekian, Terima Kasih Yang Benar Mohd Maliki

Tindakan pihak SSM yang tidak meluluskan penggunaan nama Daging Centre adalah betul kerana wujudnya percampuran bahasa Melayu dan Inggeris dalam menamai syarikat tuan. Penamaan Daging Centre juga tidak mencerminkan citra dan jati diri bangsa Malaysia. Undang-undang kecil/akta yang termaktub juga menegaskan supaya penggunaan bahasa Melayu diutamakan, rujuk Seksyen 22, Akta Syarikat 1965 dan Warta Kerajaan Persekutuan, Bil. 4180, Akta Syarikat 1965 (AKTA 125). Tuan juga boleh merujuk buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan yang diterbitkan oleh DBP untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa02.12.2009
Adakah penggunaan perkataan "diwara" di dalam ayat berikut betul atau salah? Atau adakah saya sepatut menggunakan perkataan "diuar-uar" Ayatnya adalah : "Polisi Perakuanan yang dicadang adalah selaras dengan polisipolisi yang dilulus dan diwara oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board (MASB)) untuk pihak swasta."Puan Aisya,Ayat di bawah ini merupakan cadangan pihak kami dengan mengedit ayat puan adalah seperti yang berikut:  "Polisi Perakaunan yang dicadangkan  oleh ........(mohon diberitahu pihak yang mencadangkan polisi ini) adalah selaras dengan polisi–polisi yang telah diluluskan dan diwartakan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board (MASB)) untuk pihak swasta."  Dalam konteks ayat puan,  penggunaan kata diuar-uar  dan wara  kurang tepat.  Hal ini kerana, kata diuar-uar/wara membawa maksud pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat.  Tambahan pula,  polisi perakaunan merupakan peraturan atau dasar bukannya program yang perlu diuar-uarkan kepada orang ramai, memadailah dengan mewartakannya. Kata warta sering kali digunakan dalam laras  bahasa undang-undang. 

 

Tatabahasa24.04.2009
1
Tesaurus
 
warta (kata nama)
Bersinonim dengan berita, khabar, cerita, laporan, maklumat, penulisan, siaran, urita;,
Kata Terbitan : mewartakan, pewartaan, pewarta, kewartawanan,