Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Adakah kata sendi "pada, di, dalam" sesuai digunakan dalam frasa berikut: "pada zaman pembaruan", "di zaman globalisasi", "dalam zaman moden"? Bolehkah "dalam" atau "di" digunakan untuk menunjukkan masa?Penggunaan yang gramatis ialah pada zaman pembaharuan kerana pada menunjukkan keterangan waktu. Namun penggunaan di zaman pembaharuan dan dalam zaman pembaharuan jika boleh digunakan bergantung pada konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa13.01.2012
sambungan ... 1.Apa yang dimaksudkan dengan simpulan bahasa zaman bahari?Zaman bahari ialah zaman purbakalaMakna27.07.2007
Sejarah Terjemahan Malaysia : a) Terjemahan Zaman Pengaruh India b) Terjemahan Zaman Pengarauh Islam c)Terjemahan Zaman Penjajahan d)Terjemahan Zaman Pascs Kemerdekaan i) Pejabat Karang Mengarang ii) Dewan Bahasa dan Pustaka iii) Institut Penterjemah Negara Malaysia iv) IPTA Peranan dan contoh-contoh karya yang diterjemahkan. e)Akta Pelajaran Kebangsaan dan terjemahan buku teksSaudara boleh mendapatkan bahan tentang judul-judul tersebut di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau menghubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia terutama tentang judul terjemahan.Lain-lain01.09.2007
menghimbau zaman persekolahan atau mengimbau zaman persekolahan?

Yang betul ialah mengimbau zaman persekolahan.

Tatabahasa08.05.2009
penggunakan kata sendi di dan pada - yang mana benar di zaman ini atau pada zaman ini - perlukan huraian untuk penggunaan di dan pada.Pada zaman ini yang betul. Pada digunakan untuk merujuk masa. Untuk makluman lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa27.06.2006
DEFINISI BAHASA MELAYU KUNO DAN BAHASA MELAYU KLASIK,Bahasa Melayu kuno merupakan sejenis bahasa lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala. Bahasa ini digunakan di zaman prasejarah, zaman batu dan sebagainya. Kebanyakan bahasa yg digunakan pada waktu ini lebih terfokus kepada bentuk simbol, lukisan pada dinding gua, kulit haiwan dsbnya. Manakala bahasa Melayu klasik pula merupakan bahasa yg serius dan abadi nilainya,  tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Contoh-contoh bahasa Melayu klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah, Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi. Terima kasih.Makna13.09.2008
Apakah yang dimaksudkan dengan ditelan zaman( berdasarkan sajak- jasamu tidak mungkin pudar ditelan zaman.Berdasarkan ayat tersebut, maksud ditelan zaman ialah hilang mengikut peredaran zaman. Maksud sesuatu ayat tersebut hendaklah berdasarkan konsep. Terutama sajak dan puisi yg mempunyai maksud tersirat.Makna24.05.2010
di zaman atau pada zaman di ketika atau pada ketika

Salam sejahtera,

Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kata sendi nama 'pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa siri tertentu.

Jawapan yang betul ialah pada zaman dan pada ketika.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265.

Tatabahasa06.11.2012
menempuhi zaman atau malalui zamanKedua-dua frasa tersebut boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.Tatabahasa18.07.2010
Salam sejahtera. Adakah istilah "medieval period" mempunyai padanan selain "zaman pertengahan"? "Middle Ages" juga membawa maksud "Zaman Pertengahan". Bagaimanakah kedua-dua istilah ini boleh dibezakan? Penggunaan istilah tersebut adalah dalam konteks sejarah. Terima kasih.Dalam data kami, middle age ialah zaman pertengahan, dan medievel juga disebut zaman pertengahan. Berdasarkan istilah sasar dalam data kami, kedua-duanya sama, iaitu zaman pertengahan.Tatabahasa15.05.2014
Tesaurus
 
zaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa: tempoh masa, era,

2. Bersinonim dengan kala: ketika, waktu, masa,

Kata Terbitan : berzaman-zaman, berzaman, zaman-berzaman,

Puisi
 

Kota ini kota di tanah,
     Mati kijang ditanduk rusa;
Zaman ini zaman fitnah,
     Mati muda tiada berdosa.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
65

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Seperti hendak menepung tiada berberas

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...