Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak berkilat atau bersinar (bkn kaca, barang logam, dll, kerana berselaput sesuatu dll), pudar, suram; 2. tidak dapat dimasuki (diserapi) sesuatu (spt air dll): ~ air; ~ gas; 3. tidak dapat (boleh) kena penyakit; ~ air tidak dapat dimasuki air; ~ api tidak boleh terbakar atau dijilat api (bkn pakaian, pintu dsb); ~ bunyi tidak boleh ditembusi bunyi (bkn bilik dsb); ~ cuaca tidak mudah rosak apabila terdedah kpd cuaca (bkn cat dsb); ~ debu tidak boleh dimasuki atau dilekati debu (bkn bilik, peralatan elektronik dsb); ~ gas tidak dapat dimasuki gas; ~ jais tidak dapat menerima ajaran atau nasihat; ~ karat tidak dapat dimakan karat, biasanya disaluti bahan pencegah karat; ~ peluru tidak boleh ditembusi peluru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Tr biasa dgn sesuatu: perut dia tak kembung makan nasi mentah sebab sudah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak basah atau tidak dpt dimasuki sesuatu spt air dll: ~ air tidak dpt diserapi (dimasuki) air; ~ api tidak boleh terbakar atau tidak boleh dijilat api (bkn pakaian, pintu dll); ~ bunyi tidak boleh ditembusi bunyi (bkn bilik dsb); ~ cuaca tidak mudah rosak apabila terdedah pd cuaca (bkn cat dsb); ~ gas tidak dpt dimasuki gas; ~ karat tidak dpt berkarat (kerana disaluti sesuatu bahan yg menahan karat); ~ tiris tidak tiris. 2 tidak dpt dihinggapi penyakit. 3 suram (bkn barang-barang spt kaca); pudar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalis (adjektif)
1. Bersinonim dengan pudar: suram

2. Bersinonim dengan tidak dapat dimasuki: tidak dapat ditembusi, tidak dapat dijangkiti,
Berantonim dengan bersinar.


Peribahasa

Air di daun keladi (= talas).

Bermaksud :

Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai air titik ke batu, b. Kalis bagai air di daun keladi).

 

Lihat selanjutnya...(3)