Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. ragu-ragu, payah (difahami, dimengerti, dihuraikan, dll), sukar, sulit: sekiranya dia menanyakan suatu perkara yg ~ baginya, hendaklah kita jawab; 2. tidak puas hati, kecewa, kesal: Kamal berasa ~apa sebabnya Wan Mahani tidak mahu mengikut surat Wan Mustafa; memusykilkan 1. menyebabkan jadi musy­kil, memayahkan, menyukarkan, menyulit­kan: dia menanya segala apa yg dimusykil-kannya, segala apa yg ada hubungannya dgn soal agama; 2. tidak memuaskan hati, mengecewakan, mengesalkan: hanya yg di-musykilkan sedikit ialah kerana ketiadaan tempat belajar; kemusykilan 1. perihal musykil, kesukaran, kesulitan: Tajurim menjawab dgn tenang tiap-tiap ~ Maznah itu; 2. sesuatu yg tidak memuaskan hati, kekecewaan, kekesalan: si Tenggang tidak berani mengeluarkan ~nya kpd sesiapa pun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 susah difahami; sulit: Jika ada perkara yg ~, sila berjumpa dgn saya. 2 tidak puas hati; kecewa. memusykilkan 1 menyebabkan jadi musykil; menyulitkan; menyukarkan. 2 tidak memuaskan hati; mengecewakan. kemusykilan 1 sesuatu yg musykil; kesulitan; kesukaran: Ia telah menyelesaikan beberapa ~. 2 sesuatu yg tidak memuaskan; kekesalan; kekecewaan. 3 keadaan musykil; kesukaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musykil (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan payah: sukar, susah, sulit, rumit,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan kesal: sesal, ralat, berat hati, tidak sedap hati, hampa, kecewa,
Berantonim dengan puas hati

Kata Terbitan : memusykilkan, kemusykilan,

Peribahasa

Rasa termengkelan di hati.

Bermaksud :

Merasa musykil.

 

Lihat selanjutnya...(2)