Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.ca.na] | بنچان

Definisi : 1. (mara) bahaya, kecelakaan: melihat ~ yg menimpa lombong itu seram bulu tengkuk kami; ~ alam bencana kerana air bah (gempa, angin ribut, dll); 2. kesukaran, pengkhianatan, penipuan: banyak orang takut padanya, tetapi ia tidak berbuat ~; hendak seribu daya, benci seribu ~ prb membuat sesuatu dgn kemahuan sendiri lebih mudah dikerjakan drpd kebalikannya;membencanai ark menyukarkan, mengkhianati, menipu;membencanakan membuat (membawa) bencana; kebencanaan sesuatu yg mendatangkan bencana, kecelakaan: humanisme Barat yg mendatangkan ~ dlm kesenian dan ilmu pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.ca.na] | بنچان

Definisi : 1 sesuatu malapetaka atau kemalangan yg menimpa; kecelakaan: Dlm ~ itu, tiga orang pekerja telah mati ditimpa batu. ~ alam bencana atau kecelakaan yg berlaku, spt gempa bumi dan banjir. 2 kesusahan yg disebabkan oleh sesuatu; gangguan: Mudah-mudahan engkau terselamat drpd ~ hantu dan syaitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bencana

Puisi
 

Mari masak dengan santan,
     Ikan duri panjang setual;
Belum tahu bencana intan,
     Mahal beli murah dijual.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Mati rusa kerana tanduknya.

Bermaksud :

Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati kuang kerana bunyi).

 

Lihat selanjutnya...(21)