Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.cai] | برکچاي

Definisi : 1. pecah kecil-kecil (spt kaca yg jatuh ter­hempas), hancur, bersepai, remuk; 2. koyak­koyak (kain, kertas, dll) hingga menjadi kepingan yg kecil-kecil, hancur: surat itu dikoyak-koyaknya hingga menjadi berkecai-kecai; mula-mula orang tidak percaya bahawa mayat yg sudah hancur ~ itu ialah mayat Buyung; 3. ki hancur, musnah: harapan seorang ibu melihat anak sulung, menantu dan empat orang cucunya berbuka puasa bersamanya ~ apabila mereka terkorban dlm satu kemalangan semalam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.cai] | برکچاي

Definisi : pecah menjadi kecil (bkn kaca dsb); hancur; remuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecai
Kata Terbitan : berkecai,

Puisi
 

Kain batik berkecai-kecai,
     Mana sekecai dimakan gagak;
Jangan saya terintai-intai,
     Kalau hendak ke mari dekat.


Lihat selanjutnya...(9)