Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[car.ta] | چرتا

Definisi : 1. peta yg disediakan utk membantu pelayaran atau penerbangan; 2. helaian yg memberikan maklumat (mis mengenai iklim, kedudukan dan perkembangan perniagaan, struktur organisasi, prestasi kerja, dll) dlm bentuk graf, jadual, atau gambar rajah; ~ alir = ~ aliran (Komp) gambar rajah atau perwakilan grafik yg digunakan utk menun­jukkan logik dan urutan sesuatu atur cara komputer, atau utk memaparkan langkah­-langkah pemprosesan yg dilakukan; ~ pai sj gambar rajah atau perwakilan grafik utk memaparkan pembahagian atau pecahan data, maklumat, dll dlm bentuk bulatan yg dibahagi­bahagikan; ~ palang sj gambar rajah atau perwakilan grafik yg menggunakan jalur yg sama lebar secara menegak atau mendatar utk mewakili maklumat atau data; mencartakan 1. merakamkan sesuatu mak­lumat dlm bentuk carta: ~ perubahan suhu setiap dua hari; 2. ki merangka atau menyu­sun sesuatu gagasan secara teratur: penubuhan Umno di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946 menjadi gagasan besar bagi ~ masa depan agama, bangsa dan tanah air; pencartaan perihal (proses atau perbuatan) mencartakan: ~ pergerakan harga barang keperluan asas; pencarta (Eko) orang yg menggunakan carta tertentu utk menganalisis dan meramalkan pergerakan harga saham atau pasaran saham pd masa hadapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[car.ta] | چرتا

Definisi : paparan yg mengandungi keterang­an (ttg harga, suhu, senarai sesuatu dll) dlm bentuk graf, gambar rajah dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata carta