Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ra.kin] | چراکين

Definisi : sj peti yg berpetak-petak tempat menyimpan ubat, pendadah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ra.kin] | چراکين

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Croton tiglium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ra.kin] | چراکين

Definisi : ; mencerakin, mencerakinkan 1. menyelidik atau menyiasat sesuatu keadaan (perbuatan, gejala, ciptaan, dll) utk menge­tahui sebab-sebab (kedudukannya dll): ia diakui sbg tokoh yg pertama ~ dasar-dasar ini; 2. menghuraikan sesuatu bahan kpd bahagian-bahagiannya (spt unsur dll); 3. menghuraikan (memisahkan, menceraikan, dll) sesuatu kpd bahagian-bahagiannya: prisma yg pertama ~ cahaya putih dan prisma yg kedua menghasilkannya; cerakinan 1. penyelidikan (utk mengetahui hal-hal, peristiwa, dll), penyiasatan; 2. uraian (penyelidikan) kimia (utk menentukan kandungan sesuatu dll); ~ fizik (kimia) uraian (penyelidikan) yg menggunakan kaedah fizik (kimia); pencerakinan perihal (usaha, proses, dsb) mencerakin(kan); analisis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ra.kin] | چراکين

Definisi : peti yg berpetak-petak tempat menyimpan ubat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ce.ra.kin] | چراکين

Definisi : ; mencerakin 1 melakukan penyelidikan atas sesuatu utk menge­tahui keadaannya dll. 2 melakukan ujian utk mengetahui bahagain-bahagian sesuatu. mencerakinkan mencerakin sesuatu; memisahkan atau menceraikan sesuatu sebatian kpd unsur-unsur asalnya: Jika kita ~ air, kita akan mendapati bahawa air terdiri drpd hidrogen dan oksigen. pencerakinan 1 perbuatan (hal dsb) mencerakin atau mencerakinkan sesuatu. 2 penguraian kimia utk mengetahui kandungan sesuatu sebatian dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerakin