Definisi : cairan yg masam rasanya (biasanya dibuat drpd nira kabung, nyiur, dll); ~ belanda cuka yg dibuat drpd anggur dll melalui proses kimia, asid asetik; ~ getah asid utk membekukan getah, asid formik; ~ jawa cuka yg dibuat drpd nira; minum ~ pagi hari = ~ diminum pagi hari prb bermuka masam kerana benci atau marah akan sesuatu; mencuka ki menjadi masam spt cuka (bkn wajah, muka) kerana marah, geram, dll: Cik Zabedah mengekorinya dgn wajah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : cairan yg masam rasanya (biasanya dibuat drpd nira). ~ getah asid utk membekukan getah; asid formik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)