Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ta.log] | کاتالوݢ

Definisi : 1. butiran senarai yg lengkap, biasanya mengikut abjad, berserta catatan tentang perinciannya; 2. senarai buku atau sumber di perpustakaan; mengkatalogkan 1. menyenaraikan mak­lumat tentang sesuatu barangan (spt buku, peralatan kosmetik) utk menghasilkan kata­log barangan yg berkenaan; 2. membuat klasi­fikasi (pd sesuatu barang atau maklumat) utk disusun di dlm katalog, mis buku di perpustakaan, maklumat di muzium: sebanyak 1200 buah buku sudah dikatalogkan utk bacaan umum; pengkatalogan proses dsb menyenaraikan sesuatu (nama barang, nama buku, dsb) dlm katalog, proses membuat katalog: sistem ~ di perpustakaan dgn penggunaan singkatan perkataan bahasa Malaysia; pengkatalog orang yg mengkatalogkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ta.log] | کاتالوݢ

Definisi : senarai atau daftar nama buku, barang dll dlm susunan tertentu (kadang-kadang terdapat harganya sekali). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
katalog (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan senarai, butiran, perincian, catatan, klasifikasi, daftar nama, faharasat.,