Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.plot] | کومڤلوت

Definisi : rancangan atau pa­katan sulit bertujuan melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): segala rancangan ~ yg hendak menimbulkan kekacauan itu telah diketahui polis; beliau mendakwa ada ~ yg berusaha menimbulkan permusuhan antara kita semua; berkomplot bermuafakat utk melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): kesemua yg ditangkap itu dituduh menjalankan gerakan haram dgn bermuafakat atau ~; pengkomplot orang yg berkomplot. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.plot] | کومڤلوت

Definisi : , 1 = komplotan kumpulan orang yg bertujuan melakukan kejahatan; kumpulan sulit yg berniat jahat; kumpulan samseng. 2 rancangan atau pakatan sulit bertujuan melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan dsb): Satu ~ yg hendak menimbulkan kekacauan telah diketahui polis. Beliau mendakwa ada ~ yg berusaha menimbulkan permusuhan antara kita semua. berkomplot bermuafakat utk melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): Kesemua yg ditangkap itu dituduh menjalankan gerakan haram dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
komplot (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pakatan sulit, konspirasi, kumpulan jahat;,
Kata Terbitan : berkomplot,