Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : laga, rempuh, serang, tempuh; ~ adat = ~ bahasa biadap, tidak sopan; ~ jangan beragak menyerang dgn sungguh-sungguh; ~ lari perbuatan melanggar (di jalan raya) kenderaan lain, orang, dsb, tanpa menunggu atau membuat laporan polis; berlanggar, berlanggaran 1. berlaga (kereta dll), beradu, berhantuk: sebuah motokar telah ~ dgn sebuah lori di batu 10 jalan ke Pahang; 2. = berlanggar-langgaran saling menyerang: setelah bertemu dgn kelengkapan Mengkasar lalu berperang berlanggar-langgaran; 3. tidak mengikut (adat, resam, dll), berlawanan dgn, bertentangan dgn: kalau melakukan sesuatu, janganlah sampai berlanggaran dgn undang-undang; melanggar 1. merempuh, melanda, me­lanyak: seorang kanak-kanak telah mati dilanggar kereta api; 2. mendatangi (utk menguasai, memusnahkan, dsb), melanda, menyerang: bukannya musuh akan ~ me­lainkan adapun sebab beta memanggil orang besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu; Melaka pd masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yg juga sering ~ Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka; 3. tidak patuh pd (undang-undang dll), menyalahi, melawan, menentang: orang yg ~ undang-undang boleh didakwa di mahkamah; lalu lintas tidak mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar; ~ sumpah tidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong; melanggarkan melandakan, mengadukan, merempuhkan: maka gajah itu dilanggarkan baginda ke balairung; terlanggar 1. tersadung, terempuh, dirempuh: ia hampir tersungkur kerana ~ bungkusan kain baju; 2. melanggar (peraturan, undang-­undang, dll): barang siapa yg memegang dia, tentu akan ~ pantangan; perlanggaran perihal (kejadian dsb) ber­langgar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang; pelanggaran 1. perihal melanggar (me­nyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir ter­hadap orang Islam itu telah dapat dipatah­kan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah; pelanggar orang atau sesuatu (spt kereta dll) yg melanggar: apabila undang-undang itu dilanggar, maka si ~ akan dihukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : surau, madrasah: suara azan dr ~ di hujung kampung itu baru sahaja hilang dr udara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sl kawasan permakaman diraja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; berlanggar berhantuk; berlaga: Sebuah bas telah ~ dgn sebuah van di Jalan Ampang pagi tadi. berlanggaran 1 berlanggar antara satu dgn yg lain: Kedua-dua kereta yg ~ itu telah rosak sama sekali. 2 bertentangan; bersalahan: Perbuatannya itu tidak ~ dgn adat resam kita di sini. berlanggar-langgaran serang-menyerang; saling menyerang. melanggar 1 merempuh; melanda: Keretanya yg terbabas telah ~ sebuah kedai runcit di tepi jalan. 2 menyerang; menyerbu: Askar-askar Belanda telah ~ kota Melaka. 3 menyalahi atau menentang undang-undang (peraturan, hukum dll): Dia telah dibuang kerja kerana ~ tatatertib bekerja. langgaran rempuhan. perlanggaran perihal berlanggar (bkn kenderaan, orang dsb): Dlm ~ itu, kedua-dua kenderaan yg terlibat telah musnah. pelanggaran 1 perbuatan atau hal melanggar; penyerangan; penyerbuan: ~ pihak musuh telah dpt dipatahkan. 2 perbuatan melanggar undang-undang (peraturan dll). pelanggar orang atau benda yg melanggar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : surau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langgar.