Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.su/] | ماسوق

Definisi : 1. pergi ke dlm (bilik, rumah, tubuh badan, dll), datang ke dlm, lwn keluar: apabila ia melihat orang datang, maka larilah ia ~ hutan; lekas ~!; ia bebas ~ dan keluar; 2. terbenam (matahari, bulan, dll) ke dlm; 3. hadir di atau pergi ke tempat bekerja (se­kolah dll): mengapa engkau tidak ~ bekerja semalam?; enam bulan kemudian dia ~ hospital; ~ sekolah a) pergi ke sekolah utk belajar; b) menjadi murid di sekolah; 4. men­jadi ahli sesuatu pertubuhan (askar, agama, dll): maka segala orang negeri Fansuri itu pun ~ Islam; 5. sudah sampai (umur, tempoh, waktu, dll): umurnya baru ~ enam tahun; perundingan itu sudah ~ hari yg ketujuh; ~ saja waktu isyak, kesemuanya sudah menge-ruh; 6. terbilang, terhitung, tergolong dlm, terkira (termuat) dlm: ia ~ orang yg berada; kain ini ~ dlm jenis kain yg baik juga; tarian ini tidak ~ dlm acara pertunjukan malam terakhir; 7. ikut serta, turut campur: Ali tidak dapat ~ peperiksaan kerana sakit; 8. yg diperoleh (diterima, didapati): ada kerja ada ~, tak ada kerja, tak ada ~; ~ ajar mendengar atau menerima nasihat orang; ~ akal dapat diterima oleh akal (fikir­an), tidak mustahil; ~ angin sakit kerana kesejukan (perut kembung dll); ~ Belanda Id menjadi warganegara Belanda; ~ buku dicatat dlm buku (perbelanjaan dll); ~ campur ikut serta, turut mengambil bahagian; ~ daun sudah mendapat peluang yg baik (sesuatu yg pasti akan berhasil); ~ hati diterima oleh hati, ber­setuju; ~ Jawi Kd berkhatan; ~ kerja datang atau hadir bekerja; ~ kira terhitung (tergolong) dlm; ~ kompeni Id menjadi askar; ~ Melayu a) ark menganut agama Islam; b) menganuti (mengikuti) adat resam orang Melayu; ~ mulut turut memberi fikiran atau nasihat; ~ suluk mengasingkan diri (utk mengamalkan suluk); ~ syaitan dirasuki syaitan; ~ tangan campur tangan; ~ waktu sampai waktu (utk bersembahyang); ~ lima keluar sepuluh prb belanja yg lebih besar drpd penghasilan; ~ sarang harimau prb terperosok ke dlm suatu bahaya besar; memasuki 1. masuk ke dlm (rumah dll): orang itu kelihatan sedang ~ pintu pagar rumahnya; 2. mengikuti (kursus, kuliah, dll), menjadi pelajar (di sekolah dll): seramai tiga puluh lima orang penuntut dr sekolah Alam Shah akan ~ universiti tahun ini; 3. meng­ambil bahagian (dlm peraduan, peperiksaan, dll): beberapa hari lagi dia akan ~ pepe-riksaan; 4. menyertai sesuatu pertubuhan (pakatan dll): ~ pertubuhan SEATO; 5. mencampuri (urusan orang lain); memasukkan 1. membawa (membiarkan dll) masuk, mengisikan (ke dlm): ia ~ mesin taip ke dlm bilik; perusahaan ~ nanas ke dlm tin; dialah yg mula-mula ~ suatu konsep baru ke dlm kesusasteraan kita; 2. menjadi­kan seseorang ahli sesuatu pertubuhan dll: ramai ibu bapa ~ anak-anak mereka ke sekolah itu; 3. menaruhkan wang ke dlm sesuatu perusahaan dll, menanam modal: ia ~ RM50 ke dlm sebuah syarikat pd awal tiap-tiap tahun; termasuk 1. sudah masuk; ~ di hati ki dapat diterima, dipercayai; 2. tergolong (terhitung dll) dlm: labah-labah tidak ~ dlm kumpulan serangga; kemasukan 1. dimasuki (hantu, orang ha­lus, dll), dirasuki (hantu dll): lembu tua itu lari dan terus lari spt ~ hantu merempuh segala tanaman; 2. ada yg masuk, dimasuki oleh: matanya pedih kerana ~ asap sabut yg tebal itu; 3. perihal masuk (menganggotai) sesuatu pertubuhan dll: ~ Malaysia sbg anggota majlis keselamatan; pemasukan perbuatan (tindakan, kerja, proses, dsb) memasukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.su/] | ماسوق

Definisi : 1 pergi ke dlm: Siapa yg ~ ke bilik itu tadi? 2 pergi menghadirkan diri (di tempat bekerja, di sekolah dll): Ahmad tidak ~ kerja hari ini. 3 turut serta menjadi ahli sesuatu pergerakan dll: Maka banyaklah orang di situ yg ~ Islam. 4 yg diterima atau yg diperoleh: Bulan ini wang ~ berjumlah RM5,000/-. ~ akal dpt diterima akal; munasabah. ~ angin a. sakit kerana kesejukan (perut kembung dll). b. tidak garing kerana sudah lama terdedah (bkn biskut, kuih dll); lemau. ~ campur turut serta dlm sesuatu hal. ~ kira turut dikira. ~ tangan campur tangan; mencampuri hal orang lain. ~ waktu sudah sampai waktunya. memasuki 1 masuk ke dlm sesuatu: Tiada sesiapa pun yg berani ~ gua itu. 2 mengikuti atau mencampuri hal yg dilakukan oleh orang lain; menyertai: ~ peperiksaan; ~ UMNO. 3 mengikuti sesuatu kursus; menjadi pelajar di: Beberapa orang murid dr sekolah itu akan ~ Universiti Kebangsaan pd bulan depan. memasukkan 1 membawa atau membiarkan masuk; menyuruh masuk atau menyuruh menyertai sesuatu pertubuhan dll: Doktor telah menyuntik kami utk ~ ubat yg dpt mencegah penyakit itu. 2 menaruh di dlm sesuatu; menyimpan: Dia ~ RM50.00 pd tiap-tiap bulan ke dlm akaun simpanannya di bank itu. termasuk 1 sudah masuk: ~ di hati dpt dipercayai; dpt diterima akal. 2 telah masuk dlm sesuatu kiraan; terhitung; tergolong: Kami tidak ~ dlm senarai orang yg mencuaikan pekerjaan. masukan yg digunakan utk memasukkan sesuatu: tapis ~. kemasukan perihal masuk (sesuatu pertubuhan dll): Malaysia menyokong ~ Negara China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. pemasukan perihal (perbuatan) memasuki atau memasukkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,

Puisi
 

Hendak mangkuk kuberi mangkuk,
     Hendak serunai kuberi serunai;
Hendak masuk kuberi masuk,
     Aku bayar wang tunai.


Lihat selanjutnya...(87)
Peribahasa

Masuk tiga,
     keluar empat.

Bermaksud :

Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh).

 

Lihat selanjutnya...(57)