Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mus.ta.jab] | مستجب

Definisi : Ar 1. berjawab atau dikabulkan (doa, permintaan, dll), makbul: doa pun terlalu ~ dan barang pintanya pun dikabulkan Allah; 2. bp mujarab: ubat yg amat ~ utk penyakit sengal; memustajabkan menjadikan makbul (doa, permintaan dll), memakbulkan, memper­kenankan: pd hari raya juga kita digalakkan memperbanyak doa kerana inilah harinya Allah ~nya; mudah-mudahan doanya itu dimustajabkan oleh Allah; kemustajaban perihal mustajab, kemanjur­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mus.ta.jab] | مستجب

Definisi : 1 dpt menyembuhkan (bkn ubat); mujarab: Ubat itu sangat ~ utk pening kepala. 2 makbul (bkn doa, permintaan dll); diperkenankan. memustajabkan menjadikan makbul (bkn doa, permintaan dll); memakbulkan; memperkenankan: Semoga Allah ~ doanya itu. kemustajaban keadaan mustajab; kemujaraban. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mustajab
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :mujarab