Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.kho.da] | نخودا

Definisi : 1. pemimpin atau ketua perahu (kapal), juragan; 2. kapten kapal;bagai ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap prb membuat pekerjaan yg membawa ke­rugian (perbelanjaan yg berlebih-lebihan); belayar dgn ~, berjalan dgn yg tahu, berkata dgn yg pandai prb sebarang pekerjaan yg besar itu hendaklah diketuai pelaksanaannya oleh orang yg ahli supaya selamat; menakhodai menjadikan nakhoda kpd, mengetuai: kapal yg dinakhodai oleh orang Arab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.kho.da] | نخودا

Definisi : 1 ketua kapal atau ketua perahu. 2 kapten kapal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nakhoda
Rujuk :pimpin, pemimpin,

Puisi
 

Kain kasa berbunga dedap,
     Dibawa nakhoda di negeri Keling;
Hati berdebar rasa tak sedap,
     Kerana cinta sudah berpaling.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Biduk satu nakhoda dua.

Bermaksud :

Perempuan yang menduakan suami; suatu pekerjaan dua kepalanya.

 

Lihat selanjutnya...(6)