Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj bekas berbagai-bagai bentuk (berisi minyak dan bersumbu) yg digunakan utk memĀ­berikan cahaya; ~ duduk pelita yg diletakĀ­kan di atas meja (lantai); ~ gantung pelita yg digantung; ~ panjat pelita yg dipasang di luar rumah pd malam hari dlm bulan puasa; 2. lampu; 3. ki sesuatu yg memberi panduan dll: gadis yg menjadi ~ dlm hidupnya; fikiran itu ~ hati; memasang ~ tengah hari prb menerangkan sesuatu yg sudah jelas, perbuatan yg sia-sia; pasang ~ dilanggar tikus prb keadaan yg menyenangkan tetapi hapus oleh sesuatu yg kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 lampu kecil (dibuat drpd zink dll) yg bersumbu dan menggunakan minyak. 2 ki sesuatu yg menerangi (memandu) hati, hidup dsb: Ilmu ~ hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelita.

Puisi
 

Baiklah baik pasang pelita,
     Pasang pelita tepi jeraya;
Baik-baik berpandang mata,
     Memandang mata membuat dosa.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Bagai pelita kehabisan minyak.

Bermaksud :

Tidak berseri-seri lagi. (Bandingkan dengan: Lampu kekurangan minyak).

 

Lihat selanjutnya...(8)