Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.kaian] | رڠکاين

Definisi : 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu meng­anggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tu­gas penuh dlm ~nya masing-masing; 5. (Mat) kumpulan atau untai­an lambang atau angka yg menyatakan suatu jum­­lah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilang­an benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harap­an; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg ber­hubungan antara satu sama lain: satu ~ ke­dai; satu ~ pemasaran yg dapat menye­laraskan keluaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.kaian] | رڠکاين

Definisi : 1 sesuatu yg bersambung-sambung atau yg berangkai-rangkai: ~ bunga bunga yg disambung berangkai-rangkai. 2 kumpulan berbagai-bagai karangan (sajak dll); deretan kejadian atau peristiwa: ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturut-turut. 3 hubungan susunan kata (huruf, ayat dsb). 4 kumpulan beberapa simbol atau angka yg menyatakan sesuatu jumlah (spt 3xy2). 5 ist sistem komputer yg saling bersambung dan boleh berkomunikasi antara satu sama lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkai
Kata Terbitan : serangkai, berangkai-rangkai, merangkaikan, rangkaian,