Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (rébak) II; merebak 1. menjalar-jalar, menular-nular (penyakit), tersebar atau ter­siar merata-rata (berita dll): penyakit cacar ~ di seluruh negeri; berita itu sudah ~ sampai ke mana-mana; 2. menjangkit, meluas, me­rembet (api dll): dlm beberapa ketika sahaja api itu ~ sampai ke mana-mana; perang ini lebih dahsyat dan nanti ~ ke sini; merebakkan menyebabkan sesuatu me­rebak, menularkan, menjangkitkan, me­nye­bar­­kan: zina boleh ~ penyakit; kemerebakan keadaan merebak: ~ ilmu pengetahuan nuklear; pemerebakan perihal (proses, perbuatan dsb) merebak atau merebakkan, penularan: tujuannya adalah utk mencegah atau me­nga­­­­wal ~ sesuatu penyakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (rébak) I 1. carik atau sobek panjang (kain, layar, dll); 2. luka yg dalam (kerana kena pisau dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Pr runtuh (tebing sungai dll): di mana-mana sahaja ada sungai mengalir, tanah tetap ~; merebak, merebakkan memecahkan dan meruntuhkan (batu, tanah): di mana-mana sahaja sungai air batu itu mengalir, maka bahagian gunung itu direbakkannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; merebak meleleh air matanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /rébak/; merebak 1 menjalar atau menular (bkn penyakit): Penyakit cacar mudah ~. 2 tersiar ke merata-rata (bkn berita dsb): Berita itu telah ~ ke mana-mana. 3 berjangkit (bkn api, peperangan dll); meluas: Peperangan di Vietnam diharapkan tidak akan ~ ke negara-negara Asean. merebakkan menyebabkan merebak; menjangkit­kan. perebakan perbuatan, hal dsb me­rebak atau merebakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : runtuh (bkn tebing sungai dll): tanah ~ tanah runtuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rebak
Bahasa Asal :Perak
Rujuk :rebah