Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.put] | سلاڤوت

Definisi : lapisan nipis tisu (pd benda-benda hidup) yg menyaluti sesuatu; ~ dara selaput yg menutup sebahagian bukaan faraj gadis atau wanita (biasanya pecah apabila pertama kali mengadakan hubungan seks); ~ jantung selaput yg membalut jantung; ~ mata selaput pembungkus biji mata; berselaput ada selaput, bersalut dgn kulit tipis, berlapis (bersalut) dgn sesuatu: muka-nya kotor ~ habuk; mata ~ mata yg disalut oleh selaput putih (kerana berpenyakit), mata bular; menyelaputi menyelubungi, melitupi, mem­­-bungkusi: biji kacang yg kering itu agak keras dan diselaputi kulit biji; bulu susuk yg ~ badan burung; tiap-tiap satu batang logam itu diselaputi lilin; menyelaputkan memberi bersalut (ber­lapis) dgn, menyalutkan, menyelubungkan; selaputan benda yg menyelaputi (menye­lubungi) sesuatu: matanya masih lagi ber-balam kerana ~ air matanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.put] | سلاڤوت

Definisi : kulit tipis yg menyaluti ba­hagian-bahagian benda hidup: ~ ma­ta kulit tipis yg menyelaputi biji ma­ta. berselaput bersalut kulit tipis. menyelaputi ki menjadi sbg selaput pd; melapisi: Bajunya berbelak-belak diselaputi getah pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)