Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.kup] | تڠکوڤ

Definisi : setangkup 1. = ~ tangan sebanyak yg dapat diambil dgn kedua-dua belah tangan yg ditangkupkan, seraup; 2. sama ukurannya (besarnya, bentuknya, dll) kedua-dua belah­nya, simetri; 3. seimbang, selaras: memetik kata-kata Noam Chomsky, “supaya ~ per­kem­­bangan bahasa dgn kemajuan ilmu”;bertangkup 1. kedua-dua belah boleh tutup-menutup (bibir, kulit lokan, dll), bertelangkup; 2. bertelangkup, bertelungkup: atapnya ~ bagaikan sebuah tudung saji menutup juadah; 3. menjadi rapat bercantum: kita sedang berusaha sekarang ini supaya retak ~ balik; menangkup 1. tutup-menutup atau bertaup dgn rapat (bkn dua benda dll), mengatup: mulutnya ~; 2. menelungkup, meniarap, tengkurap: maka ~lah dia mencium tanah kubur itu berulang-ulang; 3. menutupi (dgn sesuatu yg jeluk dll), menyungkup, menudungi: dgn kedua-dua belah tangan ia ~ mukanya; menangkupkan meletakkan menangkup, menelungkupkan, meniarapkan: cangkir itu ditangkupkannya di atas meja; dia pun me­niarap ~ mukanya ke bantal; menangkup-telentangkan 1. meletakkan menangkup dan menelentang bergilir-gilir, membolak-balikkan; 2. ki menimbangkan dgn hati-hati; tertangkup sudah ditangkup, telungkup, ter­tiarap: sebuah buku berkulit tebal ~ di atas mukanya; ~ sama termakan tanah, ter­lentang sama terminum air prb orang yg mahu sehidup semati (mahu sama menanggung susah dan sengsara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kup] | تڠکوڤ

Definisi : ; bertangkup 1 kedua-dua belah dpt tutup-menutup: Tangannya ~. 2 bertelangkup; bertelungkup (bkn pinggan mangkuk dll). menangkup 1 dpt tutup-menutup atau bertaup dgn rapat. 2 menelungkup; meniarap; lw telentang: Dia ~ di sofa setelah mendapat berita sedih itu. 3 menutup atau menudung dgn tangan dll: Dia berasa malu lalu ~ mukanya dgn kedua-dua belah tangannya. menangkupkan meletakkan menangkup; menelung­kupkan (pinggan mangkuk dll). tertangkup sudah ditangkup atau ditangkupkan; tertiarap; tertelungkup. setangkup 1 sebanyak yg dpt diambil oleh kedua-dua belah tangan yg ditaupkan: ~ beras. 2 kedua-dua belah sama besar ukurannya; simetri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangkup
Kata Terbitan : bertangkup, menangkup, menangkupkan, tertangkup,