Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.bi] | توبي

Definisi : ; bertubi-tubi bertalu-talu, berturut-turut, berulang-ulang, berlanjutan (tembakan, pukul­an, dll): tiba-tiba terdengar bunyi tem­ba­kan ~; ditamparnya muka budak itu ~; menubikan membuat sesuatu dgn berulang-ulang (bersungguh-sungguh dll): Karim ~ pertanyaannya tadi; mempertubi-tubi, mempertubikan, mempertubi-tubikan memperhebat berkali-kali (terus-menerus dll): dipertubi-tubikan tikaman itu tiada juga kena. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.bi] | توبي

Definisi : ; bertubi-tubi berulang-ulang; ber­­talu-talu: Ia menikam musuhnya ~. me­nubi melakukan sesuatu berulang-ulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tubi
Kata Terbitan : bertubi-tubi, mempertubi-tubi,