Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.ki/] | توکيق

Definisi : ; menukik 1. turun (terjun, terbang, dll) ke bawah dgn kepala dahulu, menjunam: kapal-kapal terbang Jerman ~ lurus dr udara menyerang kapal-kapal pihak Berikat di Laut Tengah; 2. memandang (membidik dll) arah ke bawah; 3. = ~ api ark menghidupkan api dgn batu api, mencetus api; menukikkan menggerakkan (menerjunkan, melayangkan, dll) arah ke bawah dgn kepala dahulu, menjunamkan; ~ layang-layang menurunkan layang-layang (dgn menjunam­kannya); ~ tombak menusukkan tombak ke bawah; ~ pandang = ~ pemandangan meng­halakan pandangan ke bawah, melihat (me­man­dang) ke bawah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ki/] | توکيق

Definisi : toreh pd kayu dll yg agak dalam (pd batang getah yg telah ditoreh dll), takik; menukik memarang dll membuat tukik, menakik, menakuk, menoreh: kuli-kuli se­dang asyik ~ getah atau memetik buah kelapa sawit; tertukik 1. lut (makan) ditukik, boleh ditukik; 2. berbekas spt ditukik; ~ jejak mendaki, tersendorong jejak menurun prb kaum kerabat yg telah jauh itu tiadalah sangat kuat pd hak waris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ki/] | توکيق

Definisi : ; menukik turun, terbang dll ke bawah dgn kepala dahulu; menjunam. menukikkan menggerakkan (sesuatu) arah ke bawah dgn kepala dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tu.ki/] | توکيق

Definisi : toreh yg agak dalam pd batang kayu; takik. menukik membuat tukik pd batang kayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tukik (kata nama)
Bersinonim dengan toreh, takuk, takik, rakuk, cangap, tokek, tubang;,
Kata Terbitan : menukik,