Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tun.tung] | تونتوڠ

Definisi : hujung yg runcing (jarum, keris, dll): ~ keris; ~ lembing; spt mengadu ~ jarum prb menyatakan fikiran yg sukar-sukar itu terlalu susah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.tung] | تونتوڠ

Definisi : Mn sj tabung kecil (utk bekas garam dll); tebu se~ tebu sekerat yg kecil; menuntung mengerat kecil-kecil (tebu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.tung] | تونتوڠ

Definisi : Mn; menuntung menter­balikkan bekas supaya tumpah (keluar) isinya: dia mengambil tabung sambal itu, diketuk-ketukkan pd tepi sampan dan dituntung-tuntung; menuntungkan 1. membalikkan letak sesuatu (mulutnya ke bawah dan dasarnya ke atas), menjungkirkan, menunggitkan, menunggang-kan; 2. menuntung; 3. ki menge­luarkan (perasaan hati dll), mencurahkan; tertuntung 1. tertonggeng atau terbalik (letak sesuatu), terjungkir; 2. tertumpah, tercurah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.tung] | تونتوڠ

Definisi : ­sj labi-labi air tawar yg telur-nya boleh dimakan, Batagur baska. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuntung (kata nama)
Bersinonim dengan penyu, kura-kura, labi-labi.,

Peribahasa

Tajam lidah manusia melebihi tuntung keris.

Bermaksud :

Mulut manusia dapat membinasakan diri sendiri atau orang lain lebih lekas daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(3)