Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. salah satu drpd lima bahagian di permukaan bumi, terutamanya yg terbahagi mengikut garis lintang dan suhu, mintakat: ~ sederhana; ~ sejuk; ~ panas; 2. kawasan yg mempunyai sifat tertentu utk tujuan tertentu, daerah, mintakat: ~ pengaruh; ~ damai; letak harga mengikut ~; 3. lapisan atau kawasan batu-batan yg dicirikan dgn fosil, kecacatan struktur, dsb tertentu: ~ air tanih; ~ air ampai; 4. bahagian sfera di antara dua satah yg selari yg memintasi sfera; 5. kawasan atau daerah yg berada di bawah sekatan atau peraturan tertentu dsb: ~ letak kereta bermeter; ~ tentera; ~ perdagangan bebas (Eko) kawasan yg disediakan khas utk pembinaan kilang yg mengeluarkan barangan utk dieksport; mengezonkan membahagikan kpd zon; pengezonan perbuatan (tindakan, kerja) mengezonkan sesuatu kawasan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 satu drpd lima kawasan (lingkungan) di permukaan bumi yg terbahagi mengikut garisan lintang dan suhu; kawasan: ~ panas; ~ sederhana. 2 kawasan atau daerah yg mempunyai sifat tertentu atau utk tujuan tertentu: ~ perang; ~ letak kereta bermeter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata %0Azon