Definisi : 1. tidak jujur, tidak lurus (tulus) hati: orang-orang yg munafik senantiasa berhati ~; 2. tidak setia (khianat) kpd suami (isteri, tunangan dsb) dgn menjalin hubungan cinta dsb dgn orang lain; mencurangi 1. menipu, membohongi, mengakali; 2. berlaku tidak setia kpd (suami, isteri dsb): dia ~ gadis itu; kecurangan keadaan curang, ketidakjujuran: ~ pegawai itu dapat diketahui oleh Jabatan Penyiasat Kecurangan; saya mempunyai bukti yg kukuh mengenai ~ suami saya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : jurang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : tidak lurus hati; tidak jujur; khianat. mencurangi berlaku atau berbuat curang kpd. kecurangan perbuatan atau hal curang; sifat curang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)