Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu (spt dewa dsb) yg dipuja oleh golongan manusia yg agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kpd Tuhan Yg Esa; bertuhan percaya kpd atau memuja tuhan; ~ kpd memuja (mendewakan) sesuatu sbg tuhan; bertuhankan bertuhan kpd: ~ harta benda; mempertuhan, mempertuhankan meng­anggap (memuja) sesuatu sbg tuhan, memper­dewakan sesuatu: suatu pemikiran yg ~ harta, spt pemikiran dan fahaman kapitalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Allah yg mencipta alam semesta: Nabi Musalah yg pertama sekali dapat ber­cakap dgn ~ di Bukit Tursina; ~ Yg Esa Allah yg hanya satu (tunggal); bertuhan percaya kpd Tuhan; orang yg tidak ~ orang yg tidak percaya adanya Tuhan; ketuhanan 1. sifat keadaan Tuhan: Maha Suci bagi Allah yg tinggi ~-Nya dan tiada sekutu bagi-Nya; menunjukkan ~-Nya me­nun­jukkan sifat-sifat keadaan-Nya sbg Tuhan; 2. perihal Tuhan; ilmu ~ ilmu menge­nai Tuhan dan agama; 3. kepercayaan (ke­bak­tian) kpd Tuhan, dasar percaya kpd Tuhan yg Maha Esa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Allah yg mencipta alam se­mesta: ~lah yg menjadikan kita semua. bertuhan percaya kpd Tuhan: ~ kpd menyembah, memuja atau mendewa­kan sesuatu sbg Tuhan. bertuhankan 1 percaya akan sesuatu sbg Tuhan: ~ Allah. 2 ki mendewa-dewakan; terlalu mementingkan se­suatu lebih drpd memikirkan Tuhan: ~ wang ringgit. mempertuhan menyembah atau menganggap sesuatu sbg Tuhan. ketuhanan 1 sifat keadaan Tuhan. 2 segala sesuatu mengenai Tuhan: ilmu ~ ilmu mengenai Tuhan dan agama. 3 kepercayaan atau kebaktian kpd Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Tuhan

Puisi
 

Ya Allah Tuhan Yang Esa,
     Dikenak patuk ular yang bisa;
Jika diturut hatiku suka,
     Jika tak luka badan binasa.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Habis akal baru tawakal.

Bermaksud :

Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. tawakal = berserah diri kepada Tuhan.

 

Lihat selanjutnya...(14)